Kebaikan Dan Keburukan Kolagen. Benarkah Tiada Kolagen Dalam Rumpai Laut ? Apa yang anda akan baca di bawah ini mungkin akan mengejutkan. Malah mungkin ada yang tidak mahu menerima kenyataan. Realiti kadangkala sememangnya pahit untuk ditelan. Tetapi inilah pendirian TSM sejak dari dulu lagi. Meskipun kami menerima bantahan dan kecaman dari pelbagai pihak, kami tetap degan pendirian kami. Kebenaran tetap akan kami dedahkan.
Contohnya dalam isu rokok, detox rendam kaki, gelang magnet, rokok elektronik dan sebagainya. Sesungguhnya kebenaran itu berada pada kedudukannya yang tersendiri dan tidak akan mampu digugat oleh apa-apapun. Dalam membongkar kebenaran, kami tidak akan menyebelahi kepentingan mana-mana pihak. Baik atau buruk, ia perlu didedahkan agar semua orang tahu.