Berita Terkini, tentera sulu yang mati dibelasah penduduk selepas kejadian tembak-menembak di Kampung Simunul dan Sri Jaya mengakibatkan enam polis terbunuh 2 Mac lalu, berselindung di sebalik imej warak kerana sering menjadi imam ketika kenduri serta menguruskan jenazah, terutama dalam kalangan orang Suluk di perkampungan itu.
Penduduk Kampung Simunul menganggap lelaki dikenali sebagai Imam Rashid itu sebagai berpengetahuan agama, tetapi kini ramai menganggap Rashid bersama rakan pengganasnya sebagai ‘syaitan’ kerana keganasan mereka membunuh anggota polis dengan kejam.
