Jamalul Kiram III mungkin mengandaikan tindakannya mengarahkan pencerobohan ke atas Lahad Datu, Sabah oleh sekumpulan
pengganas Sulu yang diketuai adiknya, Azzumudie
Kiram akan meningkatkan peluangnya untuk diiktiraf sebagai Sultan Sulu yang sah.
Lebih-lebih
lagi di saat perebutan tahtha Kesultanan
Sulu yang semakin rumit apabila sehingga kini sekurang-kurangnya ada 9 orang
individu berlainan tampil mendakwa adalah Sultan
Sulu sebenar. Jamalul Kiram III
dan adiknya Esmail Kiram II adalah
antara individu yang dimaksudkan, kedua-duanya adalah warga Filipina.
Dengan
sokongan dan dukungan anggota MNLF yang diketuai Nur Misuari yang mempunyai
hubungan rapat dengannya, mungkin benar ia memberi kelebihan kepada Jamalul
Kiram untuk mendabik dada sebagai Sultan Sulu yang sah sekaligus menidakkan
cabaran 8 individu lain.
Andaian
tersebut ternyata silap dan jauh tersasar dari jangkaan Jamalul Kiram dan
pengikutnya, apabila tanpa mereka sedari tindakan pencerobohan itu sebenarnya
hanya menambah kebencian orang Sabah dari
keturunan Sulu kepada Jamalul Kiram dan keturunannya.
Majoriti
orang Sulu di Sabah rata-ratanya enggan bersekongkol menjayakan cita-cita
peribadi Jamalul Kiram yang kemaruk mahu diangkat sebagai Sultan Sulu,
lebih-lebih lagi bila pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu menyebabkan
sesetengah anggota masyarakat memandang serong pada orang Sulu di Sabah.
Kesetiaan
orang Sulu yang lahir di Sabah dan merupakan warganegara Malaysia yang sah
tetap kepada tanahair tercinta ini, dan ia terbukti benar apabila ramai pemuda
Sulu turut membantu menangkap dan membelasah hingga mati seorang pengikut
Jamalul Kiram yang bersenjatakan M16 pengikut di Sampoerna baru-baru ini.
Kebanyakan
orang Sulu sama ada dari kalangan warganegara Malaysia mahupun di Filipina,
mereka juga berkongsi satu pandangan yang sama yakni soal siapa yang layak
mewarisi Kesultanan Sulu sebenarnya bukan lagi urusan Jamalul Kiram III dan
keluarganya.
Orang
Sulu tidak akan lupa sejarah pembunuhan besar-besaran yang dilakukan oleh
tentera Amerika Syarikat ke atas orang Sulu pada awal tahun 1900-an selepas
mendapat restu Sultan Kiram II (1884-1936).
Pembunuhan
yang berlaku di Bud Dahu pada Mac 1906, diikuti kempen pembunuhan sama pada
Disember 1911 serta pertempuran di Bud Bagsak, pada Jun 1913 yang
ketiga-tiganya mengorbankan sekitar 4,000 orang rakyat Sulu hingga sekarang
terus menjadi mimpi ngeri orang Sulu.
Mujurlah
Sultan Kiram II kemudiannya mangkat pada 1936 tanpa meninggalkan zuriat
kandungnya, jika tidak, mungkin sekarang hanya tinggal beberapa puluh orang
sahaja orang Sulu di seluruh dunia gara-gara sebahgian besarnya menjadi mangsa
pembunuhan oleh Sultan sendiri yang dahagakan darah.
Jamalul
Kiram III yang mempunyai pertalian keturunan dari sebelah keluarga ayahnya
dengan Sultan Kiram II mungkin berbangga dengan sejarah hitam itu, dan tidaklah
menghairankan kenapa bila usahanya menjajah Sabah gagal, maka diusahakan pula
campur tangan Amerika Syarikat dan PBB.
Bagi
kebanyakan orang Sulu, Jamalul Kiram sama sekali tidak layak menjadi pemimpin
mereka. Tidak sama sekali bagi orang Sulu. Keturunan pembunuh tidak mungkin
akan diiktiraf memimpin orang Sulu.
Disebabkan
peristiwa ngeri itulah sampai sekarang orang Sulu sukar untuk memberi
kepercayaan kepada siapa sahaja yang mengaku sebagai Sultan Sulu dari susur
galur keturunan keluarga Kiram. Kalau ada pun yang menyokongnya, hanya
segelintir sahaja. Itu pun kebanyakan mereka dari jenis yang dahagakan darah
dan ganas seperti pengikut Jamalul Kiram III.
Artikel berkaiatan : VIDEO PENERANGAN SULTAN SULU YANG SAH
Peristiwa
berdarah di Bud Dahu dan Bud Bagsak, Jolo, Sulu akan kekal dalam ingatan orang
Sulu, dan ia akan terus menghantui Jamalul Kiram III untuk sekian lama masanya.
Mimpinya untuk diiktiraf sebagai Sultan Sulu tidak mungkin menjadi kenyataan,
sebaliknya akan terus menjadi ingauannya hingga ke liang lahad. (Sumber)
No comments:
Post a Comment