Showing posts with label al quran. Show all posts
Showing posts with label al quran. Show all posts

Monday, 9 December 2013

WAJIB BACA !!! PENERANGAN SIAPA IMAM 12 DALAM FAHAMAN ATAU MAZHAB SYIAH

PENERANGAN SIAPA IMAM 12 DALAM FAHAMAN  ATAU MAZHAB SYIAH

12 imam Syiah? Dalam fahaman atau mazhab syiah, mereka mempercayai bahawa Allah SWT telah pun melantik 12 orang pemimpin atau Imam manusia sejagat. Mereka ini merupakan pewaris-pewaris Nabi Muhammad SAW. Perlantikan imam pertama, iaitu Imam Ali yang juga Khalifah Keempat Khulafa' Rasyidin diumumkan secara rasmi pada peristiwa Ghadir Khum dalam perjalanan pulang baginda ke Madinah selepas peristiwa Haji Wida'.




Mengikut Mazhab SyiahMalaikat Jibrail membawa Ayat yang dinamakan Ayat Tabligh atau Pengumuman yaitu Ayat 67 dari Surah 5 Al-Quran yang menyeru supaya pengistiharan dibuat. Pengistiharan yang dimaksudkan, mengikut pandangan Syaih Imam Duabelas ialah pengumuman resmi perlantikan Ali ibn Abi Talib a.s. sebagai Mawla selepas baginda. Penguguman tidak resmi mengenai kedudukan Ali, dikatakan oleh golongan Syiah sentiasa dibuat sepanjang hayat Rasulullah s.a.w. dan dilapurkan dalam hadith-hadith.

Thursday, 14 March 2013

HOT !!! PERWIRA ... USAH KAMU GENTAR DENGAN SIHIR SULTAN KIRAM

ILMU HITAM MERUPAKAN SENJATA KEDUA TENTERA SULU DI LAHAD DATU


Ilmu Hitam merupakan senjata kedua yang digunakan oleh tentera sulu yang menceroboh di Lahad Datu. Di sebalik perjuangan pasukan keselamatan yang sedang berkhidmat di Lahad Datu mempertahankan kedaulatan negara, kisah hangat yang mula berlegar-legar di media sosial kini ialah mengenai militan Sulu menggunakan ilmu hitamPenggunaan itu dipercayai boleh menyebabkan mereka kebal daripada ditembusi peluru pasukan keselamatan negara.


Berdasarkan gambar-gambar penceroboh yang terbunuh, mayat mereka dilihat memakai tangkal yang berbentuk sebuah buku kecil bertulisan Arab yang dipercayai al-Quran kecil dililit dengan tali di pinggang serta kain berwarna kuning di badan. Jom lihat bukti pemakai tangkal dan azimat oleh tentera sulu.