Thursday, 14 March 2013

HOT !!! PERWIRA ... USAH KAMU GENTAR DENGAN SIHIR SULTAN KIRAM

ILMU HITAM MERUPAKAN SENJATA KEDUA TENTERA SULU DI LAHAD DATU


Ilmu Hitam merupakan senjata kedua yang digunakan oleh tentera sulu yang menceroboh di Lahad Datu. Di sebalik perjuangan pasukan keselamatan yang sedang berkhidmat di Lahad Datu mempertahankan kedaulatan negara, kisah hangat yang mula berlegar-legar di media sosial kini ialah mengenai militan Sulu menggunakan ilmu hitamPenggunaan itu dipercayai boleh menyebabkan mereka kebal daripada ditembusi peluru pasukan keselamatan negara.


Berdasarkan gambar-gambar penceroboh yang terbunuh, mayat mereka dilihat memakai tangkal yang berbentuk sebuah buku kecil bertulisan Arab yang dipercayai al-Quran kecil dililit dengan tali di pinggang serta kain berwarna kuning di badan. Jom lihat bukti pemakai tangkal dan azimat oleh tentera sulu.


Bukti 1


Bukti 2


Pengerusi Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abd Rahman berkata, sabda Nabi Muhammad SAW ada mengatakan bahawa haram mengamalkan ilmu hitam. Katanya lagi, Nabi Muhammad SAW tidak menggunakan jin atau ilmu hitam ketika menghadapi musuh sewaktu usaha baginda menyebarkan Islam.


Nabi ada menyebut, ia salah satu tujuh dosa besar dan ia adalah amalan syaitan,” katanya mengenai riwayat Abu DaudBeliau juga menegaskan bahawa adalah syirik hukumnya bagi sesiapa yang menggunakan ilmu hitam dan ia disokong dengan dua hadis sahih.

“Sesiapa yang menggantung dan mengikat tangkal maka telah jatuh syirik kepada dia. Berubatlah kamu semua dan janganlah berubat dengan benda yang haram,” katanya.

Katanya lagi sambil menjelaskan sebuah riwayat oleh Ibnu Mas’ud, sesungguhnya ALLAH tidak menjadikan kesembuhan kamu dengan sesuatu yang diharamkan dan sihir merupakan kekufuran yang mengeluarkan seseorang dari agamanya.

Selain itu, beliau juga menasihati pasukan pejuang negara di Lahad Datu dalam menghadapi situasi ini hendaklah yakin bahawa semua sihir itu tidak akan berjaya atau berkesan kecuali hanya dengan izin ALLAH.

“Banyakkan berdoa dan sentiasa mendirikan solat serta amalkan membaca ayat Kursi, semoga sihir akan patah dengan amalan-amalan baik ini.

“Boleh juga amalkan 10 ayat dari surah al-Baqarah dari semasa ke semasa iaitu lima ayat pertama, ayat Kursi dan tiga ayat terakhir,” katanya.


Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin pula tidak menafikan wujudnya sihir atau penggunaan jin untuk mendapatkan kelebihan tertentu namun jangan menganggap pengguna sihir hebat kerana sihir tersebut.


1 comment:

  1. hurmmm macam-macam la militan sulu ni. Tapi puteri yakin perwira kita tak akan gentar

    ReplyDelete