Showing posts with label anggota polis. Show all posts
Showing posts with label anggota polis. Show all posts

Thursday, 7 March 2013

BERITA TERKINI !!! PENGKHIANAT NEGARA SEORANG POLIS


ANGGOTA POLIS BERPANGKAT KOPRAL ADALAH PENGKIANAT YANG MEMBERI MAKLUMAT KEPADA TENTERA SULU
Berita terkini, isu pencerobohan di Lahad Datu menjadi lebih runsing apabila perbagai kriktikan dan pandangan yang berbeza dari pelbagai individu. Malah yang paling memeranjatkan lagi apabila penahanan seorang anggota polis yang terlibat membekalkan maklumat sulit kepada tentera sulu masih dinafikan oleh pihak PDRM.

Jawapan yang diberikan setakat ini adalah: “Sebarang perkembangan terkini berhubung kejadian di Lahad Datu akan kami maklumkan dari semasa ke semasa. Diharapkan saudara tidak mudah mempercayai khabar yang tidak diketahui sumbernya. Terima kasih.”

Wednesday, 6 March 2013

BERITA TERKINI !!! JAMALUL KIRAM III BUKAN PEWARIS SAH SULTAN SULU

PEMBONGKARAN MENGENAI WARIS KESULTANAN SULU YANG SAH

Keadaan semasa kes pencerobohan di Lahad Datu menjadi begitu rumit untuk diteliti. Akhirnya, segala rahsia mengenai waris Sembilan yang sah telah diketahui. Dimana Jamalul Kiram III, yang mengaku sebagai Sultan Sulu dan pengikutnya menceroboh Sabah serta membunuh anggota polis Malaysia, tidak boleh menuntut gelaran yang sudah tidak wujud lagi itu, kata sumber yang tahu dengan mendalam sejarah dan salasilah keluarga berkenaan.


Oleh itu, katanya, Jamalul Kiram III tidak berhak mengaku sebagai waris kepada sultan Sulu terakhir, Jamalul Kiram II, yang mangkat pada 1936.

Tuesday, 5 March 2013

BERITA TERKINI !!! PENGGANAS BAKAL TERIMA DAKWAAN BUNUH

ITU LAH DAWAAN YANG SETARAF BAGI PENCEROBOH LAHAD DATU

Berita Terkini!!! Dakwaan bunuh akan dikenakan kepada Penceroboh di Lahad Datu. Membunuh lapan anggota polis adalah antara tuduhan yang akan dikenakan terhadap pengganas bersenjata di Sabah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.


“Sekiranya mereka melanggar undang-undang Malaysia, mereka akan dihadapkan ke mahkamah di negara ini bagi jenayah yang mereka lakukan, yang pasti kerana melakukan pembunuhan.