Showing posts with label sultan sulu terakhir. Show all posts
Showing posts with label sultan sulu terakhir. Show all posts

Wednesday, 6 March 2013

BERITA TERKINI !!! JAMALUL KIRAM III BUKAN PEWARIS SAH SULTAN SULU

PEMBONGKARAN MENGENAI WARIS KESULTANAN SULU YANG SAH

Keadaan semasa kes pencerobohan di Lahad Datu menjadi begitu rumit untuk diteliti. Akhirnya, segala rahsia mengenai waris Sembilan yang sah telah diketahui. Dimana Jamalul Kiram III, yang mengaku sebagai Sultan Sulu dan pengikutnya menceroboh Sabah serta membunuh anggota polis Malaysia, tidak boleh menuntut gelaran yang sudah tidak wujud lagi itu, kata sumber yang tahu dengan mendalam sejarah dan salasilah keluarga berkenaan.


Oleh itu, katanya, Jamalul Kiram III tidak berhak mengaku sebagai waris kepada sultan Sulu terakhir, Jamalul Kiram II, yang mangkat pada 1936.