Showing posts with label sejarah. Show all posts
Showing posts with label sejarah. Show all posts

Wednesday, 16 October 2013

HOT !! SEJARAH DAN BIOGRAFI HIDUP P.RAMLEE


BIOGRAFI TAN SRI P.RAMLEE
SIAPA yang tidak mengenali Tan Sri P. Ramlee. Beliau digelar seniman agung negara kerana jasanya yang amat besar dalam industri hiburan terutamanya di rantau Asia Tenggara. Perjuangannya dalam arena seni selama 25 tahun membawa P. Ramlee ke mercu kejayaan sebagai penyanyi, penggubah lagu, pemuzik, pelakon, pengarah filem, dan sebagai penerbit filem.

Peninggal P.Ramlee buat peminat. Jom kita mengenal lebih jauh perjalanan hidup P.Ramlee :

Wednesday, 6 March 2013

HOT !!! SEJARAH PEMBUNUHAN RAKYAT SULU ATAS RESTU SULTAN KIRAM

AKHIR NYA SATU PEMBONGKARAN SIAPA YANG MENGIZINKAN PEMBUNUHAN RAKYAT SULU

Jamalul Kiram III mungkin mengandaikan tindakannya mengarahkan pencerobohan ke atas Lahad Datu, Sabah oleh sekumpulan pengganas Sulu yang diketuai adiknya, Azzumudie Kiram akan meningkatkan peluangnya untuk diiktiraf sebagai Sultan Sulu yang sah.


Lebih-lebih lagi di saat perebutan tahtha Kesultanan Sulu yang semakin rumit apabila sehingga kini sekurang-kurangnya ada 9 orang individu berlainan tampil mendakwa adalah Sultan Sulu sebenar. Jamalul Kiram III dan adiknya Esmail Kiram II adalah antara individu yang dimaksudkan, kedua-duanya adalah warga Filipina.

Tuesday, 20 November 2012

HOTTT !!!! PEMBONGKARAN MUMIA MENJERIT

KEWUJUDAN MUMIA MENJERIT DI ZAMAN FIRAUN !!!!


SEJARAH Mesir purba sememangnya sinonim dengan kewujudan piramid dan firaun. Penyelidikan berterusan yang dijalankan ahli pakar arkeologi negara itu berjaya membongkar pelbagai kisah dalam sejarah keagungan Mesir purba yang mengagumkan.


Ahli sejarah Mesir juga tidak ketinggalan menjalankan pelbagai kajian firaun bagi mencari jawapan kepada pelbagai misteri yang wujud di sebalik setiap mumia yang ditemui. Satu daripada kajian terbaru dijalankan ke atas mumia yang ditemui pada 1881 dan kini ditempatkan di Muzium Mesir di Kaherah berjaya membantu sekumpulan ahli kaji purba menghimpun sebuah kisah cubaan membunuh, komplot menjatuhkan raja dan bunuh diri.