Keadaan semasa kes pencerobohan di Lahad Datu menjadi begitu rumit untuk diteliti. Akhirnya, segala rahsia mengenai waris Sembilan yang
sah telah diketahui. Dimana Jamalul Kiram III, yang mengaku
sebagai Sultan Sulu dan pengikutnya menceroboh Sabah serta membunuh anggota polis Malaysia, tidak
boleh menuntut gelaran yang sudah tidak wujud lagi itu, kata sumber yang tahu
dengan mendalam sejarah dan salasilah
keluarga berkenaan.
Oleh itu, katanya, Jamalul Kiram III tidak berhak mengaku sebagai waris kepada sultan Sulu
terakhir, Jamalul Kiram II, yang
mangkat pada 1936.
Sumber itu seterusnya menjelaskan bahawa Jamalul Kiram III bukan merupakan
keturunanan kepada sembilan "waris
sah" Jamalul Kiram II,
seperti yang tercatat dalam "Penghakiman
Macaskie" pada 1939 untuk melayakkannya menerima bayaran bagi
penyerahan wilayah Sabah, yang
ketika itu dikenali sebagai Borneo Utara,
kepada British North Borneo Company (BNBC).Sumber berkenaan, yang amat mengenali anggota kerabat diraja kesultanan Sulu serta begitu memahami sejarahnya, berkata mengikut salasilah keluarga, walaupun Jamalul Kiram III merupakan kerabat diraja, beliau bukan berketurunan waris utama yang berhak menerima bayaran penyerahan wilayah berkenaan.
"Apabila Jamalul Kiram II mangkat pada 1936, baginda tidak meninggalkan waris takhta secara langsung dan dengan itu, BNBC berhenti daripada membuat bayaran bagi penyerahan wilayah. Berikutan itu, sembilan waris berkenaan secara berkumpulan membawa perkara tersebut ke mahkamah untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai pihak yang berhak menerima bayaran tahunan itu," kata sumber berkenaan.
Pada 1939, Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Borneo Utara Hakim Macaskie, membuat keputuan yang menyebelahi waris berkenaan dan dengan itu, bayaran tahunan itu disambung semula. Kerajaan Malaysia meneruskan bayaran itu berikutan penubuhan persekutuan
Pada 2011, keturunan sembilan waris utama Jamalul Kiram II memperoleh perintah sebuah mahkamah Sulu yang mengiktiraf mereka sebagai keturunan secara langsung kepada sembilan waris berkenaan.
Generasi kedua waris ini ialah Dayang-Dayang Piandao Taj-Mahal Kiram-Tarsum Nuqui, Putli Nurhima Kiram-Forman, Siti Ayesha K.H Sampang, Sulatan Fuad A. Kiram, Dayang-Dayang Sheramar T. Kiram, Puteri Permaisuri Kiram Guerson dan Sitti Jenny K.A Sampang.
Artikel berkaitan : Pengakuan Sultan Sulu Yang Sah
"Oleh itu, beliau (Jamalul Kiram III) tidak boleh mendakwa sebagai waris atau keturunan kepada mana-mana sembilan waris utama itu," kata sumber berkenaan. - BERNAMA http://mstar.com.my
"Oleh itu, beliau (Jamalul Kiram III) tidak boleh mendakwa sebagai waris atau keturunan kepada mana-mana sembilan waris utama itu," kata sumber berkenaan. - BERNAMA http://mstar.com.my
No comments:
Post a Comment