Jual bayi untuk bahan pornografi itulah kenyataan yang harus ditelan oleh bayi-bayi yang tidak berdosa. Indianapolis: Seorang ibu didakwa di mahkamah kerana menjual anaknya baru berusia 18 bulan kepada seorang lelaki untuk dijadikan bahan pornografi. Walaupun bayaran untuk transaksi itu tidak didedahkan dalam dokumen mahkamah, Natisha Hillard dipercayai tahu anak perempuannya akan dijadikan bahan filem lucah oleh Christopher Bour.
Biro Siasatan Persekutuan (FBI) memulakan siasatan terhadap Bour, 39, selepas seorang tukang urut memberitahu mengenai rancangan lelaki terbabit mengambil kesempatan atas anak Natisha. Niat Bour itu disampaikan kepada sumber terbabit melalui mesej teks.
