Showing posts with label lahad datu. Show all posts
Showing posts with label lahad datu. Show all posts

Wednesday, 20 March 2013

BERITA TERKINI !!! GAMBAR KERETA KEBAL ADNAN DALAM MISI CARI SAKI BAKI TENTERA SULU

Gambar Kereta Kebal Adnan Menggempur Saki Baki Tentera Sulu 

Misi mencari saki baki Tentera Sulu di Lahad Datu dijalankan dengan menggunakan kereta kebal adnan. Tentera Sulu dipercayai berkubu  di Kg Tanjung Batu, Sabah. Semoga kehadiran Adnan akan cepatkan pemburuan saki baki memburu Tentera Sulu.


Jom lihat Kereta Kebal Adnan dalam operasi terakhir di Lahad Datu :

Thursday, 14 March 2013

HOT !!! PENGAKUAN BOMOH YANG DIGUNAKAN OLEH TENTERA SULU

PASUKAN KESELAMATAN TIDAK AKAN BERUPAYA MENGESAN MEREKA ATAU TERCEDERA JIKA DITEMBAK

LAHAD DATU: Menyedari kekuatan mereka tidak mampu menandingi pasukan keselamatan negara tidak menghalang kumpulan militan dari selatan Filipina melancarkan pertempuran terhadap Malaysia. Persediaan mental ini bergantung pada kepercayaan bahawa mereka kebal.

Beberapa bomoh tempatan, yang pernah berurusan dengan komuniti dari selatan Filipina, berkata mereka amat mempercayai kuasa mistik, termasuk keupayaan untuk mengghaibkan diri dan tidak lut senjata.

HOT !!! PERWIRA ... USAH KAMU GENTAR DENGAN SIHIR SULTAN KIRAM

ILMU HITAM MERUPAKAN SENJATA KEDUA TENTERA SULU DI LAHAD DATU


Ilmu Hitam merupakan senjata kedua yang digunakan oleh tentera sulu yang menceroboh di Lahad Datu. Di sebalik perjuangan pasukan keselamatan yang sedang berkhidmat di Lahad Datu mempertahankan kedaulatan negara, kisah hangat yang mula berlegar-legar di media sosial kini ialah mengenai militan Sulu menggunakan ilmu hitamPenggunaan itu dipercayai boleh menyebabkan mereka kebal daripada ditembusi peluru pasukan keselamatan negara.


Berdasarkan gambar-gambar penceroboh yang terbunuh, mayat mereka dilihat memakai tangkal yang berbentuk sebuah buku kecil bertulisan Arab yang dipercayai al-Quran kecil dililit dengan tali di pinggang serta kain berwarna kuning di badan. Jom lihat bukti pemakai tangkal dan azimat oleh tentera sulu.

Sunday, 10 March 2013

BERITA TERKINI !!! TANGKAL DAN AZIMAT TENTERA SULU TIDAK MENJADI

TENTERA SULU PAKAI TANGKAL DIKELENGKANG UNTUK KEBAL

Lahad Datu: Tangkal bertulisan Arab dipercayai ayat al-Quran dan al-Quran kecil yang dipakai serta dibawa sepanjang masa oleh pengganas Sulu kononnya untuk menjadi kebal, ternyata tidak berkesan apabila 53 daripada mereka mati ditembak di dua lokasi berasingan di Lahad Datu dan Semporna sejak 1 Mac lalu.



Tangkal terbabit ditemui ketika pemeriksaan pada mayat pengganas oleh pasukan keselamatan. Buku kecil bertulisan Arab dipercayai al-Quran kecil yang diikat dengan tali dan dililit di pinggang.

Thursday, 7 March 2013

BERITA TERKINI !!! PENGKHIANAT NEGARA SEORANG POLIS


ANGGOTA POLIS BERPANGKAT KOPRAL ADALAH PENGKIANAT YANG MEMBERI MAKLUMAT KEPADA TENTERA SULU
Berita terkini, isu pencerobohan di Lahad Datu menjadi lebih runsing apabila perbagai kriktikan dan pandangan yang berbeza dari pelbagai individu. Malah yang paling memeranjatkan lagi apabila penahanan seorang anggota polis yang terlibat membekalkan maklumat sulit kepada tentera sulu masih dinafikan oleh pihak PDRM.

Jawapan yang diberikan setakat ini adalah: “Sebarang perkembangan terkini berhubung kejadian di Lahad Datu akan kami maklumkan dari semasa ke semasa. Diharapkan saudara tidak mudah mempercayai khabar yang tidak diketahui sumbernya. Terima kasih.”

BERITA TERKINI !!!! MAT BOM DITAHAN MENYAMAR SEBAGAI ORANG KAMPUNG

MAT BOM DITAHAN ANGGOTA POLIS MERUPAKAN SAKI BAKI TENTERA SULU

Lahad Datu: Lapan lelaki termasuk seorang warga emas dikenali sebagai Mat Bom bersama lapan pengikutnya dipercayai saki-baki pengganas ditahan ketika cuba masuk ke Dewan Serbaguna Embara Budi untuk menyamar sebagai penduduk kampung, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, lelaki berpakaian seperti orang awam cuba mengaburi pasukan keselamatan, namun tidak berhasil selepas dia ditahan di depan pintu pagar dewan berkenaan yang dikawal ketat polis bantuan FELDA.

Tuesday, 5 March 2013

BERITA TERKINI !!! KRONOLOGI PERANG TERHADAP PENCEROBOH DI LAHAD DATU

KAMPUNG TANDUO DI ISTYTIHAR ZON PERANG


LAHAD DATU: Empat kilometer persegi di Kampung Tanduo, dekat sini, diisytiharkan sebagai zon pertempuran atau perang selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggempur pengganas di kawasan itu, kira-kira 7 awal pagi ini. Inilah jalan yang telah dipilih oleh pengikut Sultan Kiram. Di siniadmin ada menyediakan kronologi gempur oleh Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.



Sementara itu, 10 kilometer persegi pula berada dalam kawalan pasukan keselamatan dan laluan masuk ke kampung terbabit turut ditutup bagi menjamin keselamatan orang awam. 

Sunday, 3 March 2013

BERITA TERKINI !!!! VIDEO PENERANGAN SULTAN SULU YANG SAH

PENCEROBOHAN LAHAD DATU DAN PERKEMBANGAN SEMASA

Berita terkini vedio mengenai perkembangan pencerobohan di Lahad Datu. Di sini admin ingin berkongsi apa yang dicakap dan perancangan sultan sulu yang sah. Walaupon 5 anggota polis terkorban selepas diserang hendap beberapa penjenayah bersenjata. Jom kita tengok apa yang dicakap oleh sultan nie.


Lihat vedio dibawah: