Showing posts with label tentera sulu. Show all posts
Showing posts with label tentera sulu. Show all posts

Monday, 1 April 2013

BERITA TERKINI !!! PENYALUR DANA TENTERA SULU DI TAHAN BAWAH AKTA SOSMA


PENYALUR DANA TENTERA SULU DI TAHAN BAWAH AKTA SOSMA
Berita Terkini !!! Mengaku memberi bantuan kewangan kepada Sultan Sulu, Jolo, selatan Filipina iaitu Sultan Muedzul Lail Tan Kiram. Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiyah Datuk Seri Muhammad Ridhwan Sulaiman, yang hari ini menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata Muhammad Ridhwan ditahan untuk siasatan lanjut setelah polis mengambil keterangannya.

Thursday, 21 March 2013

HOT !!! GAMBAR TENTERA SULU WANITA YANG DITANGKAP


Gambar Pengganas Wanita Sulu Yang Berjaya Di Tangkap !


Berita terkini... wanita cantik merupakan suspek yang berjaya di tangkap. Pihak keselamatan berjaya menangkap tentera sulu wanita. Meremang bulu roma satu badan nak buat posting ni. Eksklusif buat pembaca, inilah wajah tentera sulu wanita yang ditahan oleh pasukan keselamatan kita. Dan semasa ditahan, wanita ini memiliki senjata sniper bersamanya. Admin ada berkongsi dua gambar tentera sulu wanita yang di ambil dari post-post.


Info yang diterima mengatakan sebelum diserbu, rumah tempat persembunyiannya (sebetulnya macam pondok jer)  ini telah dihujani peluru.

Thursday, 14 March 2013

HOT !!! PERWIRA ... USAH KAMU GENTAR DENGAN SIHIR SULTAN KIRAM

ILMU HITAM MERUPAKAN SENJATA KEDUA TENTERA SULU DI LAHAD DATU


Ilmu Hitam merupakan senjata kedua yang digunakan oleh tentera sulu yang menceroboh di Lahad Datu. Di sebalik perjuangan pasukan keselamatan yang sedang berkhidmat di Lahad Datu mempertahankan kedaulatan negara, kisah hangat yang mula berlegar-legar di media sosial kini ialah mengenai militan Sulu menggunakan ilmu hitamPenggunaan itu dipercayai boleh menyebabkan mereka kebal daripada ditembusi peluru pasukan keselamatan negara.


Berdasarkan gambar-gambar penceroboh yang terbunuh, mayat mereka dilihat memakai tangkal yang berbentuk sebuah buku kecil bertulisan Arab yang dipercayai al-Quran kecil dililit dengan tali di pinggang serta kain berwarna kuning di badan. Jom lihat bukti pemakai tangkal dan azimat oleh tentera sulu.

Wednesday, 13 March 2013

BERITA TERKINI !!! TENTERA SULU MENJADIKAN KUBUR SEBAGAI UMPAN


KUBUR DI JADIKAN KUBU UNTUK MENGUMPAT TENTERA MALAYSIA
Berita Terkini, kubur Tentera Sulu yang ditembak mati disyaki dijadikan ‘umpan’ oleh saki-baki rakan mereka untuk menyerang hendap anggota pasukan keselamatan yang berusaha mendapatkan mayat itu.
Sumber pasukan keselamatan berkata, pihaknya percaya saki-baki Tentera Sulu yang kini diburu, bersembunyi tidak jauh daripada kubur rakan mereka untuk memudahkan mereka melakukan serang hendap.

Tuesday, 12 March 2013

BERITA TERKINI !!! TENTERA SULU MENYOROK DENGAN IMEJ WARAK SERTA IMAM DI KAMPUNG

PENDUDUK TERKEJUT DENGAN PENAMPILAN TENTERA SULU DI KAWASAN KAMPUNG


Berita Terkini, tentera sulu yang mati dibelasah penduduk selepas kejadian tembak-menembak di Kampung Simunul dan Sri Jaya mengakibatkan enam polis terbunuh 2 Mac lalu, berselindung di sebalik imej warak kerana sering menjadi imam ketika kenduri serta menguruskan jenazah, terutama dalam kalangan orang Suluk di perkampungan itu.
Penduduk Kampung Simunul menganggap lelaki dikenali sebagai Imam Rashid itu sebagai berpengetahuan agama, tetapi kini ramai menganggap Rashid bersama rakan pengganasnya sebagai ‘syaitan’ kerana keganasan mereka membunuh anggota polis dengan kejam.

Monday, 11 March 2013

HOT !!! GAMBAR MAYAT JENERAL MUSA


JENERAL MUSA TERKORBAN DALAM SERANGAN OPS DAULAT
Berita Terkini ,  Identiti pemimpin tentera Sulu berpangkat jeneral yang dibunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di Kampung Tanjung Batu, di sini, pada 7 Mac lalu, terjawab apabila polis mengesahkan dia ialah Komander Musa atau dikenali juga sebagai Haji Musa. Di sini ada ada melampirkan beberapa gambar mayat Jeneral Musa.
Pengesahan itu dibuat Ketua Forensik Ops Daulat Superintendan Hussein Omar Khan semalam, sekali gus menolak laporan sebuah akhbar sebelum ini yang mendakwa pemimpin berkenaan adalah Abgimuddin Kiram, iaitu adik kepada Jamalul Kiram III. 

Sunday, 10 March 2013

BERITA TERKINI !!! TANGKAL DAN AZIMAT TENTERA SULU TIDAK MENJADI

TENTERA SULU PAKAI TANGKAL DIKELENGKANG UNTUK KEBAL

Lahad Datu: Tangkal bertulisan Arab dipercayai ayat al-Quran dan al-Quran kecil yang dipakai serta dibawa sepanjang masa oleh pengganas Sulu kononnya untuk menjadi kebal, ternyata tidak berkesan apabila 53 daripada mereka mati ditembak di dua lokasi berasingan di Lahad Datu dan Semporna sejak 1 Mac lalu.



Tangkal terbabit ditemui ketika pemeriksaan pada mayat pengganas oleh pasukan keselamatan. Buku kecil bertulisan Arab dipercayai al-Quran kecil yang diikat dengan tali dan dililit di pinggang.

Thursday, 7 March 2013

BERITA TERKINI !!! PENGKHIANAT NEGARA SEORANG POLIS


ANGGOTA POLIS BERPANGKAT KOPRAL ADALAH PENGKIANAT YANG MEMBERI MAKLUMAT KEPADA TENTERA SULU
Berita terkini, isu pencerobohan di Lahad Datu menjadi lebih runsing apabila perbagai kriktikan dan pandangan yang berbeza dari pelbagai individu. Malah yang paling memeranjatkan lagi apabila penahanan seorang anggota polis yang terlibat membekalkan maklumat sulit kepada tentera sulu masih dinafikan oleh pihak PDRM.

Jawapan yang diberikan setakat ini adalah: “Sebarang perkembangan terkini berhubung kejadian di Lahad Datu akan kami maklumkan dari semasa ke semasa. Diharapkan saudara tidak mudah mempercayai khabar yang tidak diketahui sumbernya. Terima kasih.”

BERITA TERKINI !!!! MAT BOM DITAHAN MENYAMAR SEBAGAI ORANG KAMPUNG

MAT BOM DITAHAN ANGGOTA POLIS MERUPAKAN SAKI BAKI TENTERA SULU

Lahad Datu: Lapan lelaki termasuk seorang warga emas dikenali sebagai Mat Bom bersama lapan pengikutnya dipercayai saki-baki pengganas ditahan ketika cuba masuk ke Dewan Serbaguna Embara Budi untuk menyamar sebagai penduduk kampung, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, lelaki berpakaian seperti orang awam cuba mengaburi pasukan keselamatan, namun tidak berhasil selepas dia ditahan di depan pintu pagar dewan berkenaan yang dikawal ketat polis bantuan FELDA.