Disebabkan mempunyai banyak bulu ketiak, biarpun berpenampilan menarik, berwajah ayu dan mempunyai kerjaya stabil hingga kini, Saleha merupakan seorang wanita cantik yang belum mempunyai teman lelaki. Bukan dirinya tidak pernah berusaha, malah ibu bapanya juga puas berikhtiar, namun jodohnya ‘liat’. Tidak cukup dengan itu, rakan serta ahli keluarga lain turut sama mencarikan jodoh buatnya, namun masih belum berjaya.
Siapa tidak risau, memasuki usia lewat 20-an, Saleha masih belum berteman, sedangkan rakannya sudah beranak pinak. Puas berikhtiar, akhirnya Saleha menemui pakar dermatologi sebagai langkah terakhir selepas usahanya menggunakan kaedah tradisional tidak berhasil.
