Showing posts with label sultan sulu. Show all posts
Showing posts with label sultan sulu. Show all posts

Wednesday, 23 October 2013

TERKINI !! GAMBAR PENGEBUMIAN JENAZAH SULTAN JAMALUL KIRAM III @ SULU

GAMBAR PENGEBUMIAN JENAZAH SULTAN JAMALUL KIRAM III @ SULU

Sultan Jamalul Kiram III meninggal dunia di Hospital Manila, Filipina. Jenazah Sultan Jamalul Kiram III diterbangkan ke kampung halamannya di Jolo, Sulu.


Upacara pengkebumiannya diadakan di Maimbung mengikut tradisi keluarga Kesultanan Sulu.

Monday, 1 April 2013

BERITA TERKINI !!! PENYALUR DANA TENTERA SULU DI TAHAN BAWAH AKTA SOSMA


PENYALUR DANA TENTERA SULU DI TAHAN BAWAH AKTA SOSMA
Berita Terkini !!! Mengaku memberi bantuan kewangan kepada Sultan Sulu, Jolo, selatan Filipina iaitu Sultan Muedzul Lail Tan Kiram. Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiyah Datuk Seri Muhammad Ridhwan Sulaiman, yang hari ini menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata Muhammad Ridhwan ditahan untuk siasatan lanjut setelah polis mengambil keterangannya.

Sunday, 31 March 2013

BERITA TERKINI !!! PENGAKUAN SERTA PENYALUR DANA KEPADA SULTAN KIRAM


Berita Terkini !!!! Lahad Datu: “Saya memang ada memberi bantuan kewangan kepada pewaris Sultan Sulu, tetapi bukan kepada Jamalul Kiram III,” kata Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiyah Malaysia (Al-Ehsan), Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman. Muedzul Lail Tan Kiram.
Ketika mengulas kenyataan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib bahawa polis sedang mencarinya, Muhammad Ridzwan berkata, bantuan yang disalurkan itu terus kepada seorang daripada pewaris Sultan Sulu iaitu Muedzul Lail Tan Kiram atas dasar sesama Islam dan langsung tidak ada kena-mengena dengan pencerobohan oleh Tentera Sulu di Sabah.

Wednesday, 6 March 2013

BERITA TERKINI !!! JAMALUL KIRAM III BUKAN PEWARIS SAH SULTAN SULU

PEMBONGKARAN MENGENAI WARIS KESULTANAN SULU YANG SAH

Keadaan semasa kes pencerobohan di Lahad Datu menjadi begitu rumit untuk diteliti. Akhirnya, segala rahsia mengenai waris Sembilan yang sah telah diketahui. Dimana Jamalul Kiram III, yang mengaku sebagai Sultan Sulu dan pengikutnya menceroboh Sabah serta membunuh anggota polis Malaysia, tidak boleh menuntut gelaran yang sudah tidak wujud lagi itu, kata sumber yang tahu dengan mendalam sejarah dan salasilah keluarga berkenaan.


Oleh itu, katanya, Jamalul Kiram III tidak berhak mengaku sebagai waris kepada sultan Sulu terakhir, Jamalul Kiram II, yang mangkat pada 1936.

Sunday, 3 March 2013

BERITA TERKINI !!!! VIDEO PENERANGAN SULTAN SULU YANG SAH

PENCEROBOHAN LAHAD DATU DAN PERKEMBANGAN SEMASA

Berita terkini vedio mengenai perkembangan pencerobohan di Lahad Datu. Di sini admin ingin berkongsi apa yang dicakap dan perancangan sultan sulu yang sah. Walaupon 5 anggota polis terkorban selepas diserang hendap beberapa penjenayah bersenjata. Jom kita tengok apa yang dicakap oleh sultan nie.


Lihat vedio dibawah: