Showing posts with label berita terkini. Show all posts
Showing posts with label berita terkini. Show all posts

Saturday, 31 August 2013

BERITA TERKINI !!! 311 GANGSTER KONGSI GELAP MALAYSIA DICEKUP

SERAMAI 311 ORANG GANGSTER KONGSI GELAP MALAYSIA DICEKUP
Seramai 311 Orang Gangster Kongsi Gelap Di Malaysia Dicekup. Kuala Lumpur: Seramai 311 orang ditahan dalam Operasi Cantas Khas (Op Cantas) di seluruh negara semalam yang dilakukan 118 pegawai kanan dan 688 anggota polis.
Dalam operasi dilakukan serentak dengan kerancakan sambutan malam ambang merdeka bermula jam 6 pagi Jumaat hingga awal pagi semalam, seramai 7,719 orang diperiksa.

Thursday, 22 August 2013

BERITA TERKINI !!! SENARAI MANGSA TERKORBAN KEMALANGAN DI GENTING HIGHLAND

SENARAI MANGSA TERKORBAN KEMALANGAN DI GENTING HIGHLAND

KUALA LUMPUR: Berikut mangsa kemalangan bas di Genting Highland. Pihak polis telah mengeluarkan senarai mangsa yang maut dalam nahas bas di Genting Highlands.Senarai nama mangsa setakat jam 2 petang.


 Antara senarai mangsa adalah seperti berikut :

Monday, 8 April 2013

BERITA TERKINI !!! 100 BAYI MATI DIBUNUH DENGAN GUNTING DAN DISIMPAN DALAM PETI SEJUK

100 BAYI MATI DIBUNUH DENGAN GUNTING DAN DISIMPAN DALAM PETI SEJUK

Bayi baru lahir dan Bayi mati antara kisah 100 bayi mati dibunuh menggunakan gunting. Seorang graduan sekolah perubatan mendedahkan bagaimana dia melihat bayi dilahir dan dibunuh dengan gunting secara rutin di Philadelphia dan disimpan dalam peti sejuk.

Stephen Massof, 50, dari Pittsburgh, menceritakan kekejaman itu dalam perbicaraan terhadap bekas ketuanya Kermit Gosnell, Khamis lalu. Gambar menunjukkan himpunan beg plastik yang berisi bahagian tubuh bayi dalam peti sejuk di klinik Gosnell.

Monday, 1 April 2013

BERITA TERKINI !!! PENYALUR DANA TENTERA SULU DI TAHAN BAWAH AKTA SOSMA


PENYALUR DANA TENTERA SULU DI TAHAN BAWAH AKTA SOSMA
Berita Terkini !!! Mengaku memberi bantuan kewangan kepada Sultan Sulu, Jolo, selatan Filipina iaitu Sultan Muedzul Lail Tan Kiram. Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiyah Datuk Seri Muhammad Ridhwan Sulaiman, yang hari ini menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata Muhammad Ridhwan ditahan untuk siasatan lanjut setelah polis mengambil keterangannya.

Sunday, 31 March 2013

BERITA TERKINI !!! PENGAKUAN SERTA PENYALUR DANA KEPADA SULTAN KIRAM


Berita Terkini !!!! Lahad Datu: “Saya memang ada memberi bantuan kewangan kepada pewaris Sultan Sulu, tetapi bukan kepada Jamalul Kiram III,” kata Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiyah Malaysia (Al-Ehsan), Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman. Muedzul Lail Tan Kiram.
Ketika mengulas kenyataan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib bahawa polis sedang mencarinya, Muhammad Ridzwan berkata, bantuan yang disalurkan itu terus kepada seorang daripada pewaris Sultan Sulu iaitu Muedzul Lail Tan Kiram atas dasar sesama Islam dan langsung tidak ada kena-mengena dengan pencerobohan oleh Tentera Sulu di Sabah.

Thursday, 21 March 2013

HOT !!! GAMBAR TENTERA SULU WANITA YANG DITANGKAP


Gambar Pengganas Wanita Sulu Yang Berjaya Di Tangkap !


Berita terkini... wanita cantik merupakan suspek yang berjaya di tangkap. Pihak keselamatan berjaya menangkap tentera sulu wanita. Meremang bulu roma satu badan nak buat posting ni. Eksklusif buat pembaca, inilah wajah tentera sulu wanita yang ditahan oleh pasukan keselamatan kita. Dan semasa ditahan, wanita ini memiliki senjata sniper bersamanya. Admin ada berkongsi dua gambar tentera sulu wanita yang di ambil dari post-post.


Info yang diterima mengatakan sebelum diserbu, rumah tempat persembunyiannya (sebetulnya macam pondok jer)  ini telah dihujani peluru.

Wednesday, 13 March 2013

BERITA TERKINI !!! TENTERA SULU MENJADIKAN KUBUR SEBAGAI UMPAN


KUBUR DI JADIKAN KUBU UNTUK MENGUMPAT TENTERA MALAYSIA
Berita Terkini, kubur Tentera Sulu yang ditembak mati disyaki dijadikan ‘umpan’ oleh saki-baki rakan mereka untuk menyerang hendap anggota pasukan keselamatan yang berusaha mendapatkan mayat itu.
Sumber pasukan keselamatan berkata, pihaknya percaya saki-baki Tentera Sulu yang kini diburu, bersembunyi tidak jauh daripada kubur rakan mereka untuk memudahkan mereka melakukan serang hendap.

Tuesday, 12 March 2013

BERITA TERKINI !!! TENTERA SULU MENYOROK DENGAN IMEJ WARAK SERTA IMAM DI KAMPUNG

PENDUDUK TERKEJUT DENGAN PENAMPILAN TENTERA SULU DI KAWASAN KAMPUNG


Berita Terkini, tentera sulu yang mati dibelasah penduduk selepas kejadian tembak-menembak di Kampung Simunul dan Sri Jaya mengakibatkan enam polis terbunuh 2 Mac lalu, berselindung di sebalik imej warak kerana sering menjadi imam ketika kenduri serta menguruskan jenazah, terutama dalam kalangan orang Suluk di perkampungan itu.
Penduduk Kampung Simunul menganggap lelaki dikenali sebagai Imam Rashid itu sebagai berpengetahuan agama, tetapi kini ramai menganggap Rashid bersama rakan pengganasnya sebagai ‘syaitan’ kerana keganasan mereka membunuh anggota polis dengan kejam.

Monday, 11 March 2013

HOT !!! GAMBAR MAYAT JENERAL MUSA


JENERAL MUSA TERKORBAN DALAM SERANGAN OPS DAULAT
Berita Terkini ,  Identiti pemimpin tentera Sulu berpangkat jeneral yang dibunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di Kampung Tanjung Batu, di sini, pada 7 Mac lalu, terjawab apabila polis mengesahkan dia ialah Komander Musa atau dikenali juga sebagai Haji Musa. Di sini ada ada melampirkan beberapa gambar mayat Jeneral Musa.
Pengesahan itu dibuat Ketua Forensik Ops Daulat Superintendan Hussein Omar Khan semalam, sekali gus menolak laporan sebuah akhbar sebelum ini yang mendakwa pemimpin berkenaan adalah Abgimuddin Kiram, iaitu adik kepada Jamalul Kiram III. 

Thursday, 7 March 2013

BERITA TERKINI !!! PENGKHIANAT NEGARA SEORANG POLIS


ANGGOTA POLIS BERPANGKAT KOPRAL ADALAH PENGKIANAT YANG MEMBERI MAKLUMAT KEPADA TENTERA SULU
Berita terkini, isu pencerobohan di Lahad Datu menjadi lebih runsing apabila perbagai kriktikan dan pandangan yang berbeza dari pelbagai individu. Malah yang paling memeranjatkan lagi apabila penahanan seorang anggota polis yang terlibat membekalkan maklumat sulit kepada tentera sulu masih dinafikan oleh pihak PDRM.

Jawapan yang diberikan setakat ini adalah: “Sebarang perkembangan terkini berhubung kejadian di Lahad Datu akan kami maklumkan dari semasa ke semasa. Diharapkan saudara tidak mudah mempercayai khabar yang tidak diketahui sumbernya. Terima kasih.”

BERITA TERKINI !!!! MAT BOM DITAHAN MENYAMAR SEBAGAI ORANG KAMPUNG

MAT BOM DITAHAN ANGGOTA POLIS MERUPAKAN SAKI BAKI TENTERA SULU

Lahad Datu: Lapan lelaki termasuk seorang warga emas dikenali sebagai Mat Bom bersama lapan pengikutnya dipercayai saki-baki pengganas ditahan ketika cuba masuk ke Dewan Serbaguna Embara Budi untuk menyamar sebagai penduduk kampung, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, lelaki berpakaian seperti orang awam cuba mengaburi pasukan keselamatan, namun tidak berhasil selepas dia ditahan di depan pintu pagar dewan berkenaan yang dikawal ketat polis bantuan FELDA.

Wednesday, 6 March 2013

BERITA TERKINI !!! JAMALUL KIRAM III BUKAN PEWARIS SAH SULTAN SULU

PEMBONGKARAN MENGENAI WARIS KESULTANAN SULU YANG SAH

Keadaan semasa kes pencerobohan di Lahad Datu menjadi begitu rumit untuk diteliti. Akhirnya, segala rahsia mengenai waris Sembilan yang sah telah diketahui. Dimana Jamalul Kiram III, yang mengaku sebagai Sultan Sulu dan pengikutnya menceroboh Sabah serta membunuh anggota polis Malaysia, tidak boleh menuntut gelaran yang sudah tidak wujud lagi itu, kata sumber yang tahu dengan mendalam sejarah dan salasilah keluarga berkenaan.


Oleh itu, katanya, Jamalul Kiram III tidak berhak mengaku sebagai waris kepada sultan Sulu terakhir, Jamalul Kiram II, yang mangkat pada 1936.

Tuesday, 5 March 2013

BERITA TERKINI !!! PENGGANAS BAKAL TERIMA DAKWAAN BUNUH

ITU LAH DAWAAN YANG SETARAF BAGI PENCEROBOH LAHAD DATU

Berita Terkini!!! Dakwaan bunuh akan dikenakan kepada Penceroboh di Lahad Datu. Membunuh lapan anggota polis adalah antara tuduhan yang akan dikenakan terhadap pengganas bersenjata di Sabah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.


“Sekiranya mereka melanggar undang-undang Malaysia, mereka akan dihadapkan ke mahkamah di negara ini bagi jenayah yang mereka lakukan, yang pasti kerana melakukan pembunuhan.

BERITA TERKINI !!! 10,000 BANGSA TAUSUG MENUJU KE SABAH BAGI MEMBANTU PENGGANAS SULU

SELAIN MEMBUAT BANTAHAN DI DEPAN KEDUTAAN MALAYSIA, MEREKA BERLAYAR UNTUK MEMBANTU PENGGANAS SULU DI SABAH

ZAMBOANGA 5 Mac - Beribu-ribu rakyat Filipina berketurunan Tausug dari pulau Basilan, Sulu dan Tawi-Tawi didakwa sedang belayar menuju ke Sabah bagi membantu pengganas Sulu, yang menceroboh Sabah.



Akhbar Filipina, Inquirer melaporkan Pengerusi Majlis Pemerintahan Islam Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Habib Hashim Mudjahab berkata, pihaknya tidak boleh lagi menghalang rakyatnya daripada mengambil tindakan.

Sunday, 3 March 2013

BERITA TERKINI !!!! VIDEO PENERANGAN SULTAN SULU YANG SAH

PENCEROBOHAN LAHAD DATU DAN PERKEMBANGAN SEMASA

Berita terkini vedio mengenai perkembangan pencerobohan di Lahad Datu. Di sini admin ingin berkongsi apa yang dicakap dan perancangan sultan sulu yang sah. Walaupon 5 anggota polis terkorban selepas diserang hendap beberapa penjenayah bersenjata. Jom kita tengok apa yang dicakap oleh sultan nie.


Lihat vedio dibawah:

Tuesday, 19 February 2013

BERITA TERKINI !!!! BAHAN KIMIA DISEKOLAH BOCOR


BAHAN KIMIA BOCOR MURID NYARIS ALAMI KESAN RADIOAKTIF
Sandakan: Lebih 200 pelajar dan guru nyaris mengalami kesan radioaktif apabila bahan kimia yang disimpan di makmal mengalami kebocoran di sebuah sekolah menengah di daerah ini, kelmarin.
Foto diatas menunjukkan keadaan sekolah yang mengalami kebocoran bahan kimia.