Berita Terkini !!!! Lahad Datu: “Saya memang ada memberi bantuan kewangan kepada pewaris Sultan Sulu, tetapi bukan kepada Jamalul Kiram III,” kata Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiyah Malaysia (Al-Ehsan), Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman. Muedzul Lail Tan Kiram.
Ketika mengulas kenyataan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib bahawa polis sedang mencarinya, Muhammad Ridzwan berkata, bantuan yang disalurkan itu terus kepada seorang daripada pewaris Sultan Sulu iaitu Muedzul Lail Tan Kiram atas dasar sesama Islam dan langsung tidak ada kena-mengena dengan pencerobohan oleh Tentera Sulu di Sabah.
