2018 TAHUN MEMBELI RUMAH ATAU HARTANAH
PASARAN hartanah dijangka stabil pada 2018, berikutan ekonomi yang kukuh disokong peningkatan perbelanjaan kerajaan dalam kemudahan infrastruktur. Pada dasarnya, langkah berkenaan disasarkan untuk membantu menyediakan lebih banyak pilihan kepada pembeli rumah dan merangsang pertumbuhan industri hartanah serta ekonomi secara keseluruhannya. Peruntukan sebanyak RM2.2 bilion kerajaan bagi merangsang sektor perumahan, khususnya pemilikan rumah. Selain insentif tersebut, kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk memiliki rumah sendiri juga mendorong 2018 adalah tahun terbaik memiliki hartanah. Ikuti wawancara bersama Pengasas FAR Capital Sdn Bhd yang juga Pengarah portal Gilahartanah, Faizul Ridzuan.
Artikel ini membincangkan mengenai :
Bagaimanakah pasaran hartanah pada 2018 terutamanya pemilikan rumah?, Kenapa perlu selepas pilihan raya?,Berapakah peratus kenaikan harga rumah pada 2018?, Di manakah lokasi yang rancak pembangunan hartanah?, Siapakah golongan pembeli?, Bagaimana kedudukan pemaju pada 2018?. Baca artikel selanjutnya.