Showing posts with label MRTA. Show all posts
Showing posts with label MRTA. Show all posts

Monday, 22 October 2012

TIP !!!! PEMILIK / PEMBELI YANG BIJAK


MRTA Vs MLTA
KAMI BOLEH MENERANGKAN KEPADA YANG BERMINAT....HARTANAH ADALAH KEPAKARAN KAMI....
Hari ini saya ingin berkongsi tentang perlindungan (insurans) pinjaman perumahan. Seperti yang telah saya tulis pada artikel lepas (Property Loan Insurance – MRTA vs MLTA), secara asasnya terdapat dua jenis perlindungan pinjaman yang diterima pakai untuk melindungi peminjam, iaitu MRTA dan MLTA.
Saya percaya masih terdapat ramai antara kita yang masih keliru atau tidak faham tentang MRTA dan MLTA. Hari ini saya akan menerangkan lebih terperinci melalui graf supaya kita dapat gambaran bagaimana kedua-dua jenis perlindungan pinjaman ini bekerja/berfungsi.
Sebelum saya bercerita panjang lebar, ingin saya mengingatkan anda bahawa, tujuan utama insurans/takaful diwujudkan adalah untuk perlindungan, dalam kes di bawah, ianya bertujuan untuk melindungi peminjam dari hutangnya kepada pihak bank.