Jom Tambah Duit Secara Online

Tabung oo Tabung

KLIK SINI YE !!!

Monday, 15 October 2012

MENCARI KEKAYAAN SELAGI MUDA


Aset Vs Liability

Aset : Put Money To Our Pocket
Liability : Take Money From Our Poket
Hartanah adalah aset yang membolehkan cashflow yang baek kerana pemilihan lokasi yang strategi mampu memberi pulangan yang lumayan.
Mengikut buku-buku kebebasan kewangan (financial freedom), banyak yang diperkatakan tentang tabiat berjimat cermat (menabung), melabur dalam pelbagai bidang yang menguntungkan (hartanah, saham amanah, emas, commodity, dll.).
Apa pun yang ingin kita lakukan harus bermula dari cetusan idea dan perancangan yang baik serta yang mudah dilaksanakan. Adakalanya idea yang tercetus sangat luar biasa, namun tiada tindakan susulan untuk merancang bagaimana idea tersebut boleh diolah menjadi langkah-langkah perlaksanaan. Adakalanya idea dan perancangan berjaya dihasilkan, namun perlaksanaannya pula terlalu rumit dan kompleks.
Cuba memikirkan idea mudah, praktikal dan senang untuk dikendalikan. Baik dari segi masa, modal dan pengurusan keseluruhan. Contoh yang boleh kita ambil ialah pelaburan dalam sektor hartanah. Ideanya mudah – cari hartanah yang berpotensi untuk mendapat pulangan yang baik, dan rancangkan bagaimana ia boleh memberi keuntungan jangka masa pendek atau panjang. Keuntungan jangka masa pendek ialah, anda boleh jualkembali hartanah tersebut pada harga yang lebih tinggi namun masih dalam lingkungan harga pasaran (market value).

Atau pun, hartanah tersebut boleh disewakan dan anda boleh dapatkan kemudahan “financing” dari Bank. Sewaan yang anda dapat setiap bulan akan digunakan untuk membayar pinjaman yang anda buat dari bank tersebut. Jadi, gunakan kebijaksanaan anda untuk mendapatkan pakej pinjaman yang berbaloi dengan kadar sewaan bulanan agar ianya dapat memberikan pendapatan positif tunai (positive cash flow / +CF) sepanjang tempoh bayaran balik pinjaman tersebut.

Ingat, setiap 2 tahun sekali (biasanya), anda boleh naikkan kadar sewaan beberapa peratus, sedangkan bayaran balik pinjaman anda mungkin tetap sahaja (islamic financing contohnya). Nampak idea ini?, menarik kan. Jangan lupa untuk membuat surat perjanjian pemilik-penyewa (tenancy agreement) yang dimatikan stem (tak sampai RM40 satu dokumen) setiap kali anda berurusan dengan penyewa anda. Ini boleh membantu anda ketika mengemukakan permohonan baru dari Bank sebagai bukti pendapatan tambahan anda.

No comments:

Post a Comment

Klik Tabung Ye...

Tabung oo Tabung

Kartikel Punye !!!