Jom Tambah Duit Secara Online

Tabung oo Tabung

KLIK SINI YE !!!

Wednesday, 17 October 2012

TIPS-TIPS YANG PERLU ANDA KETAHUI


Jangan Dah Rugi Baru Nak Menyesal !!!!!!

Menjual rumah tidak semudah yang ada difikiran ramai. Beberapa pemilik rumah yang mengalami kerugian ribuan malahan puluhan ribu ringgit hanya kerana tidak melakukan beberapa perkara asas yang sepatutnya untuk menjual rumah.
Anda ingin menjual rumah tetapi anda tidak tahu bagaimana untuk bermula, tidak mahu membayar kos yang tinggi, tidak tahu harga jualan terbaik untuk keuntungan optimum serta tidak mahu mengambil masa yang lama dan pastinya anda tidak mahu melalui pelbagai perkara yang memeningkan kepala.
Bagaimanapun anda tidak perlu lagi risau sekiranya bercadang untuk menjual rumah, tidak kira sama ada menjualnya sendiri atau melalui ejen hartanah.
Walau apapun pilihan anda, setiap satunya mempunyai kelebihan tersendiri tetapi yang paling penting anda harus mengetahui prosedur yang berkaitan dan betul serta wajar.
Antara tips yang boleh digunakan untuk menjual rumah termasuklah cara menentukan harga terbaik untuk anda, masa yang betul, melakukan perkara asas yang boleh meningkatkan harga jualan anda untuk keuntungan maksimum dan pelbagai lagi.

1- Prosedur yang betul dan menjimatkan untuk menjual sendiri rumah anda.
Mengikut prosedur yang ditetapkan peminjam perlu mengemukakan permohonan untuk kelulusan menjual harta dan menyatakan cara penyelesaian hutang hendak dibuat.
Sekiranya penyelesaian hutang secara sendiri, peminjam cuma perlu mengemukakan permohonan penyata baki hutang seperti biasa.
Walau bagaimanapun sekiranya penyelesaian hutang membabitkan pihak ketiga (bank dan pembeli), permohonan melalui peguam perlu dikemukakan. Di samping itu, peminjam juga perlu memohon untuk dua perkara :

·         Memohon kelulusan untuk menjual rumah daripada Seksyen Cagaran.

·        Memohon baki hutang pinjaman untuk tujuan penyelesaian kepada Seksyen Akaun, Unit Penyelenggaraan Pinjaman (Unit PP).

2- Prosedur yang betul melantik ejen / perunding hartanah berpengalaman dan profesional untuk menjual rumah anda.
Secara amnya seorang perunding hartanah mempunyai dua tanggungjawab iaitu; mencari pembeli atau penyewa bagi hartanah kepunyaan pelanggannya membeli atau menyewa.
Oleh itu, seorang perunding mempunyai dua jenis pelanggan – tuan punya hartanah dan mereka yang mahu membeli atau menyewa hartanah.
Di bawah undang-undang, seorang perunding hanya boleh menerima bayaran daripada satu pihak saja, sama ada tuan punya hartanah ataupun pembeli / penyewa. Bagaimanapun di Malaysia, kebiasaannya tuan punya hartanah yang membayar yuran profesional ini, kecuali jika pembeli atau penyewa memberi kenyataan bertulis bahawa mereka akan membayar yuran itu.

Mereka ini mendapat lesen di bawah Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah 1981 untuk mengutip yuran profesional dari menjual atau menyewa hartanah bagi pihak tuan punya tanah.
Untuk menjadi ahli profesional ini, anda harus mengambil peperiksaan hartanah yang ditawarkan oleh Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah, menjalani khidmat latihan selama dua tahun dengan mana-mana ejen hartanah yang berdaftar dan lulus peperiksaan lisan.
3- Kelebihan serta kekurangan menjual sendiri dan melalui ejen hartanah.
Harga rumah yang paling murah di Malaysia kini berharga lebih Rm 50,000. Itu pun harga rumah murah. Harga purata rumah biasa melebihi RM 150,000.
Jika melakukan sendiri mungkin harga yang ditawarkan boleh dipertikaikan pelanggan memandangkan anda tidak mempunyai pengetahuan sewajarnya mengenai selok belok jualan hartanah.
Sebaliknya jika menggunakan khidmat ejen hartanah harga yang diletakkan ke atas aset berkenaan nilainya adalah mengikut harga pasaran.
Lebih baik mempunyai perunding peribadi yang boleh memberi nasihat dan panduan dalam menentukan nilai rumah yang hendak dijual, ia sebagai jaminan agar tidak tertipu kelak.










No comments:

Post a Comment

Klik Tabung Ye...

Tabung oo Tabung

Kartikel Punye !!!