Jom Tambah Duit Secara Online

Tabung oo Tabung

KLIK SINI YE !!!

Tuesday, 23 October 2012

HOT !!!! KENA TAHU SEBELUM MENDAPAT TEKANAN


JANGAN NAK MUDAH TAPI MEMBEBANKAN DIRI
Ramai pembeli yang sibuk mencari rumah bertanya samada sesebuah rumah boleh dijual oleh beberapa ejen hartanah. Ada juga pemilik rumah yang bertanya berkenaan hal ini.
Sesebuah rumah dijual oleh beberapa ejen hartanah merupakan perkara biasa. Ini berlaku kerana pemilik rumah melantik beberapa ejen hartanah bagi menguruskan jualan rumah mereka. Bagi anda yang gemar mencari senarai rumah di internet seperti mudah.my, iproperty, propertyguru dan sebagainya, pasti terjumpa beberapa iklan bagi rumah yang sama. Lantikan ejen hartanah ini dinamakan ad-hoc basis.

Lantikan ejen hartanah secara ad-hoc merupakan lantikan yang kerap dibuat oleh pemilik rumah. Lantikan ini menpunyai kelebihan dan kelemahannya bagi pemilik rumah. Secara umumnya lantikan secara ad-hoc membolehkan pemilik rumah melantik ejen hartanah lebih dari satu dan profesional fi ejen akan dibayar kepada ejen hartanah yang berjaya membuat jualan.
Antara kelebihan lantikan secara ad-hoc ini ialah pemilik rumah boleh melantik seramai mungkin ejen hartanah bagi menjual rumah. Dengan ini potensi rumah tersebut dijual dengan kadar segera lebih tinggi. Selain itu pemilik rumah tidak perlu membayar profesional fi kepada semua ejen yang dilantik sebaliknya bayaran akan dibuat kepada ejen hartanah yang berjaya menjual rumah tersebut. Bagi ejen hartanah ad-hoc adalah siapa cepat dia dapat.
Kelemahan ad-hoc pula pemilik rumah perlu berurusan dengan banyak ejen hartanah dan setiap ejen hartanah juga akan memberi tekanan kepada pemilik rumah bagi memastikan jualan dapat dibuat. Situasi ini juga akan mengakibat pemilik rumah tidak dapat menetapkan harga jualan dan selalunya harga jualan yang dipersetujui semasa lantikan akan diturunkan bagi memenuhi permintaan pihak pembeli. Selain itu juga setiap ejen hartanah akan berusaha membawa potensi pembeli sebanyak mungkin tidak kira samada pembeli tersebut adalah pembeli yang benar-benar serius atau tidak.
Bagi anda bercadang nak membeli rumah dan tengah buat senarai pendek berkenaan rumah yang nak dilawati, tidak perlu curiga atau risau sekiranya rumah yang sama dijual oleh ramai ejen hartanah. Cuma anda dinasihatkan berurusan dengan ejen hartanah berdaftar bagi memastikan impian anda memiliki rumah tercapai.

No comments:

Post a Comment

Klik Tabung Ye...

Tabung oo Tabung

Kartikel Punye !!!