Jom Tambah Duit Secara Online

Tabung oo Tabung

KLIK SINI YE !!!

Sunday, 14 October 2012

PERINGATAN !!!! FIKIR SEBELUM BERTINDAK


HOT !!!! TIP MEMILIKI RUMAH
Dalam kebanyakkan kes, ramai sudah bersungguh-sungguh mencari rumah untuk dibeli. Rata-rata wang deposit 10% telah disediakan. Tetapi apabila proses booking rumah telah dibuat, ramai pembeli pasrah apabila permohonan pembiayaan @ pinjaman gagal gara-gara kesilapan diri sendiri.
Sebagai langkah awal, anda dinasihatkan atau pastikan rekod CCRIS dan CTOSbersih sebab pihak bank hanya mahu berurusan dengan peminjam yang mampu membayar pinjaman sahaja. Bagi yang ada masalah CCRIS atau CTOS, kemungkinan permohonan pinjaman gagal adalah tinggi.

CCRIS

Bagi CCRIS, segala pembayaran bulanan seperti personal loan, kad kredit, pinjaman rumah dan sebagainya perlu dibuat pada setiap bulan. Kelewatan pembayaran atau kegagalan membuat bayaran akan menyebabkan rekod CCRIS tidak cantik pada pandangan pihak bank. Sekiranya rekod CCRIS ada masalah pastikan anda menyelesaikan secepat mungkin bagi memudahkan anda memohon pinjaman pada masa akan datang. Selalunya pihak bank menyemak rekod CCRIS bagi 12 bulan terkini.

CTOS

Bagi CTOS, anda dah tahu anda telah disenaraihitam. Antara contoh kes CTOS seperti gagal membayar pinjaman, menjadi penjamin pinjaman dan sebagainya. Kena selesaikan kes CTOS ini terlebih dahulu dan pastikan rekod di Bank Negara telah dikemaskini.
Apabila anda tiada masalah CCRIS atau CTOS, kemungkinan permohonan pinjaman anda diluluskan amat tinggi sekali.

No comments:

Post a Comment

Klik Tabung Ye...

Tabung oo Tabung

Kartikel Punye !!!