Apabila perkataan ‘pelaburan hartanah’
dibincangkan, kebanyakan orang akan melihat dari sudut pendapatan sewa (rental
income) dan juga keuntungan hasil jualan hartanah selepas nilainya meningkat.
Tidak dapat dinafikan bahawa memang itu cara yang selalu dipraktiskan oleh
orang ramai apabila melabur didalam bidang hartanah.
Tetapi, bagi seseorang yang
berpandangan jauh dan mengutamakan nilai-nilai kekeluargaan, pelaburan hartanah
sebenarnya mampu memberi manfaat untuk kebaikan anak-anak pada jangka masa
panjang. Banyak kaedah yang boleh diaplikasikan untuk kemudahan anak-anak kita.
Perlu diingatkan bahawa kadar sewa
bulanan akan naik dalam 3 hingga 5 tahun. Oleh yang demikian, untung bersih
juga akan meningkat bersesuaian dengan keperluan dan kehendak anak-anak yang
semakin meningkat.
Apabila anak kita ingin melanjutkan
pelajaran di peringkat diploma atau ijazah,wang yang banyak diperlukan untuk
menanggung perbelanjaan ini. Jika anak kita mendapat tajaan atau pinjaman
kerajaan, beban kita dapat dikurangkan.
Tetapi, jika diperhatikan situasi pada
masa kini, peluang untuk mendapatkan tajaan atau pinjaman kerajaan semakin
sukar kerana persaingan yang lebih sengit, peningkatan jumlah pelajar yang
layak memohon dan dana yang disediakan semakin berkurangan.
Jika tidak mendapat keistimewaan ini,
bagaimana kita sebagai ibubapa perlu bertindak untuk mendapatkan sejumlah besar
wang? Salah satu caranya ialah kita memohon kepada bank untuk ‘refinance’
hartanah terbabit supaya kita mendapat sejumlah wang yang besar bagi menjamin
pendidikan anak-anak.
Perlu diingatkan bahawa hartanah
tersebut akan meningkat harganya dalam jangka masa panjang.Selain itu, nilai
hutang asal kita dengan bank semakin berkurangan kerana setiap bulan kita telah
membayar ansuran bulanan.
Sebagai contoh, rumah teres di kawasan
Setiawangsa pada tahun 2000 bernilai RM120,000. Selepas 10 tahun berlalu, harga
rumah tersebut meningkat menjadi RM300,000.
Oleh yang demikian, jika kita memohon
untuk re-finance, pada margin 90%, sebanyak RM270,000 dapat diperolehi. Selepas
menolak baki hutang sebelumnya, mungkin RM200,000 bersih dapat digunakan untuk
pendidikan anak-anak bagi menyambung ke peringkat diploma dan ijazah.
Keuntungan ini akan menjadi lebih
banyak jika dikira wang ansuran bulanan yang telah ‘dibayar’ oleh penyewa.
Selepas tamat pelajaran di peringkat tinggi, anak kita akan memulakan karier dan semestinya memerlukan rumah untuk didiami. Rumah terbabit boleh diduduki oleh anak kita dan seterusnya mengurangkan perbelanjaan anak kita di permulaan kerjayanya.
Selepas tamat pelajaran di peringkat tinggi, anak kita akan memulakan karier dan semestinya memerlukan rumah untuk didiami. Rumah terbabit boleh diduduki oleh anak kita dan seterusnya mengurangkan perbelanjaan anak kita di permulaan kerjayanya.
Situasi ini boleh berlaku jika rumah
yang dibeli itu berdekatan dengan tempat kerja barunya atau kawasan rumah itu
senang untuk menggunakan kemudahan awam seperti bas dan LRT.
Secara
tidak langsung, perbelanjaan bulanan anak kita dapat dijimatkan dan seterusnya
sejumlah wang dapat disimpan untuk berkahwin atau digunakan untuk tujuan
pelaburan lain.
Secara tidak langsung, anak kita juga boleh
‘ditugaskan’ untuk menyambung bayaran ansuran bulanan kepada bank dan seterusnya
mengurangkan beban kita pada masa itu.
Seterusnya, apabila anak kita ingin
melangsungkan perkahwinannya, ibubapa mungkin dapat menghadiahkan rumah
tersebut sebagai hadiah perkahwinan. Lagipun, anak kita sudah mula membayar
ansuran bulanan rumah terbabit 'jangan kedekotttt!!!!'.
Hal ini dapat mengurangkan belanja
selepas kahwin anak kita dan wang tersebut bolehlah disimpan jika berlaku
kecemasan atau persediaan untuk menyambut cahaya mata.
Walaubagaimanapun, kaedah pelaburan
hartanah untuk anak-anak ini amatlah bergantung kepada kemampuan kita pada masa
sekarang. Tetapi, jika tidak bermula dari sekarang, apakah nasib anak-anak kita
10 hingga 20 tahun akan datang?
Harga hartanah makin meningkat dan di
sesetengah kawasan yang strategik, hartanah itu meningkat sebanyak 10% dalam
masa 6 bulan dan harganya terus meningkat.
Peningkatan harga hartanah ini memang
tidak dapat dibendung lagi Oleh yang demikian, sebagai ibubapa, kita perlu
membuat persediaan yang rapi demi kepentingan masa depan anak-anak kita.
-hasil
nurkilan drumah.com -
nice post.. :)
ReplyDeleteTq sis...
Delete