Jom Tambah Duit Secara Online

Tabung oo Tabung

KLIK SINI YE !!!

Sunday, 14 October 2012

AMARAN !!!! SEMUA KENE TAHU PERKARA NIE


Perunding Hartanah Berdaftar Vs Broker

Pernah tak anda terfikir apa beza di antara Perunding @ Ejen Hartanah dengan Broker Hartanah?
Sebenarnya skop kerja kedua2 di atas sama je iaitu terlibat dalam proses jual beli hartanah seperti rumah, kondo atau lot banglo. Perbezaan ketara perunding hartanah berdaftar terikat dengan Akta Penilai, Penaksir dan Ejen Hartanah yang diluluskan oleh parlimen manakala broker hartanah tidak terikat dengan undang-undang ini. Oleh itu segala proses atau prosedur yang digunakan mesti mematuhi akta tersebut

Selain itu, organisasi yang dipertanggungjawap terhadap akta ini iaitu Lembaga Penilai, Penaksir & Ejen Hartanah (LPPEH) juga mengeluarkan Malaysia Estate Agency Standard (MEAS) bagi menerangkan lebih detail skop kerja dan tanggungjawap perunding hartanah berdaftar. Oleh itu sekiranya setiap perunding @ ejen hartanah tak ikut MEAS, maknanya akta pun tak dipatuhi.
Secara ringkasnya perunding hartanah perlu mematuhi segala prosedur, polisi, standard dan akta yang telah telah diluluskan oleh parlimen, LPPEH atau agensi hartanah sendiri manakala broker hartanah tidak terikat sama sekali.
Berikut adalah point penting bagi perunding hartanah :
·         Fi agensi adalah 3% daripada harga jualan. Tidak boleh lebih 3%.
·         Fi akan dikenakan kepada satu pihak sahaja kebiasaanya penjual. Tidak boleh kedua-dua pihak.
·         Dokumen seperti surat lantikan dan surat tawaran jualan akan disediakan oleh perunding hartanah dengan mengunakan dokumen rasmi daripada agensi hartanah.
·         Duit booking oleh pihak pembeli akan dimasukkan ke dalam Client Account bukannya akaun perunding hartanah. Resit rasmi akan dikeluarkan bagi setiap bayaran.
·         Setiap perunding hartanah mempunyai bussines card.

No comments:

Post a Comment

Klik Tabung Ye...

Tabung oo Tabung

Kartikel Punye !!!