MRTA Vs MLTA
KAMI BOLEH MENERANGKAN KEPADA YANG
BERMINAT....HARTANAH ADALAH KEPAKARAN KAMI....
Hari ini saya ingin berkongsi tentang
perlindungan (insurans) pinjaman perumahan. Seperti yang telah saya tulis pada
artikel lepas (Property Loan Insurance – MRTA vs MLTA), secara
asasnya terdapat dua jenis perlindungan pinjaman yang diterima pakai untuk
melindungi peminjam, iaitu MRTA dan MLTA.
Saya
percaya masih terdapat ramai antara kita yang masih keliru atau tidak faham
tentang MRTA dan MLTA. Hari ini saya akan menerangkan lebih terperinci melalui
graf supaya kita dapat gambaran bagaimana kedua-dua jenis perlindungan pinjaman
ini bekerja/berfungsi.
Sebelum
saya bercerita panjang lebar, ingin saya mengingatkan anda bahawa, tujuan utama
insurans/takaful diwujudkan adalah untuk perlindungan, dalam kes di bawah,
ianya bertujuan untuk melindungi peminjam dari hutangnya kepada pihak bank.