Monday 16 December 2013

WAJIB BACA !!! SIAPAKAH DAN GAMBAR IMAM MAHDI DALAM FAHAMAN SYIAH ?

SIAPAKAH DAN GAMBAR IMAM MAHDI DALAM FAHAMAN SYIAH

Siapakah Imam Mahdi Syiah ?. Fahaman / Penganut Syiah mempunyai Imam Mahdi sendiri. Berlainan dengan Imam Mahdi Ahli Sunnah, yang akan membawa keadilan dan kedamaian.‎ Syiah sedang menunggu kemunculan al-Qaim atau Imam ke-12 atau Imam Mahdi yang telah dua kali bersembunyi dalam lubang Sardab di Sammara’. Siapakah Imam Mahdi Syiah ? Paling best admin ada sertakan gambar Imam Mahdi pengikut Syiah.




SYIAH : (شيعة) Dari segi etimologis (bahasa), Syiah bererti "Para Pengikut, Penyokong, Pendukung atau Pembela".  Contohnya:  Syiah Ali, bermaksud satu kelompok yang berupa "Penyokong, pendokong atau pembela Ali".  Menurut Terminologi (istilah) syara, Syiah bermaksud "Sesiapa yang mengangkat kepimpinan Ali radiallahu 'anhu dan anak-anaknya".  Dan apabila disebut si Fulan itu Syiah maka dia menganut atau berfahaman Syiah.


Agensi Berita "Fars" dari Iran telah menayangkan gambaran awal bagi Imam Mahdi yang berupa bentuk seorang lelaki tinggi akan tetapi ditutup mukanya dengan kain hijau.

MAHDI SYIAH IALAH MESSIAH DAJJAL

Syiah sedang menunggu kemunculan al-Qaim atau Imam ke-12 atau Imam Mahdi yang telah dua kali bersembunyi dalam lubang Sardab di Sammara’. Bukti-bukti berikut telah mebuktikan bahawa orang yang akan mengisi jawatan Imam ke-12 tidak lain melainkan Dajjal, berdasarkan keterangan agama Syiah sendiri (hadis-hadis dan karya-karya Syiah yang dikaitkan sebagai kata-kata para imam a.s mereka). Ahli Sunnah harus sentiasa berwaspada dan berhati-hati dan menyimpan dalam minda mereka bahawa Shiah adalah pengikut dan tentera Dajjal yang bakal muncul nanti.
Perlulah diingati Mahdi yang diyakini oleh Ahli Sunnah wa Jama’ah berdasarkan keterangan hadis-hadis yang sahih adalah seseorang yang berbeza dengan apa yang diyakini oleh Syiah baik dari segi aqidah, keturunan, amalan, ajaran dan pekerjaan serta peranan setelah memimpin umat islam ini nanti. Silalah mendapatkan mengenainya secara terperinci berdasarkan nas yang sahih.
CIRI-CIRI IMAM MAHDI SYIAH (DAJJAL) : 

a.) Undang-Undang Yahudi (keluarga Daud)

Al-Qaim atau Imam Mahdi Syiah akan memerintah menurut undang-undang Nabi Daud dan keluarga Daud, menurut hadis Shiah dalam kitab al-Kafi karangan Abu Ja’far al-Kulaini, yang menurut Syiah merupakan kitab paling sahih daripada empat sumber dasar agama Syiah yang tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa pun.
Semua yang mengikuti hadis Syiah akan menemui riwayat al-Kulaini dalam al-Kafi (Jil.1, m.s.387-398) :
Ali ibn Ibrahim meriwayatkan dari – bapanya – dari ibn Abi Umair – dari Mansur – dari Fadhl al-Aour – dari Abi Ubaidah melaporkan : “Apabila al-Qaim dari keluarga nabi muncul, dia akan memerintah menurut undang-undang Daud dan Sulaiman.”
Muhammad ibn Yahya meriwayatkan dari Ahmad ibn Muhammad dari Muhammad ibn Sinan dari Abaan yang melaporkan : “Aku telah mendengar Abu Abdullah [a.s] berkata : ‘Dunia tidak lenyap (terjadinya kiamat) kecuali seseorang dari kami akan muncul dan akan memerintah menurut undang-undang keluarga Daud’
Ahmad dari Ahmad ibn Muhammad dari Ibn Mahbub dari Hisham ibn Salim dari Ammar as Sabati melaporkan : “Aku bertanya kepada Abu Abdullah [a.s] : ‘Di atas undang-undang apa kamu akan memerintah jika kamu menjadi pemerintah.’ Dia menjawab : ‘Menurut undang-undang Tuhan dan undang-undang Daud. Dan jika kami berselisih dalam satu keadaan yang mana kami tidak dapat menyelesaikannya, Jibril (Ruh al-Qudus) akan mendedahkannya kepada kami.’
Muhammad ibn Ahmad dari Muhammad ibn Khalid dari Nazr ibn Suwaid dari Yahya al Halabi dari Imran ibn A’yun dari Jaeed al-Hamdani dari Ali ibn al-Hussein [a.s] berkata : “Aku bertanya kepada beliau dengan undang-undang mana kamu akan menghukum ?” Beliau berkata : “Dengan undang-undang Daud, dan jika disana terdapat satu perkara yang tidak dapat diselesaikan, Jibril (Ruh al Quds) akan mendedahkannya kepada kami.”
Ahmad ibn Mahran [r.a] dari Muhammad ibn Ali dari Ibn Mahbub dari Hisham bin Salim dari Ammar as Sabati melaporkan : “Aku bertanya kepada Imam Abu Abdullah [a.s]: ‘Dengan undang-undang mana kamu akan memerintah ?’ Dia menjawab : ‘Dengan undang-undang Tuhan, dan undang-undang Daud.’
b.) Bahasa Hebrew

Lebih jauh lagi, Imam ke-12, Imam Mahdi Syiah akan bercakap dalam bahasa Hebrew (Yahudi) :
Ahmad ibn Muhammad ibn Saeed al Uqdah berkata : Ali ibn al-Hasan at-Taymali melaporkana kepada kami : al-Hasan dan Muhammad bin Ali ibn Yusuf berkata, dari Sa’daan ibn Muslim, Dari rijal (perawi-perawi yang ramai), dari al-Mufadhal ibn Umar berkata : Abu Abdullah [a.s] berkata : “Apabila Mahdi berdoa, dia akan berdoa kepada Tuhan dalam bahasa Hebrew.” [Al-Ghaybah an Nu’mani, p.326]
c) Yahudi akan mengikuti Imam Mahdi Syiah.

Menurut Shiah, Yahudi juga akan menjadi pengikut Imam Mahdi :
Sheikh al-Mufid telah melaporkan dalam kitabnya, Al-Irshaad dari al- Mufadhal ibn Umar bahawa Imam Abu Abdullah [a.s] telah berkata : “Di sana akan muncul bersama Imam Mahdi .. manusia dari bangsa nabi Musa (Israel).” [Al-Irshaad al-Mufid , m.s 402]
Menurut hadis dari kitab Al-Kafi karangan al-Kulaini, ketika ghaib Imam Mahdi belajar dari satu kitab yang bernama al-Jafr (salah satu kitab suci Syiah yang didakwa ditulis oleh Imam Ali a.s), yang mengandungi ajaran dari agama Israel :
Imam (a.s.) akan kekal bersembunyi untuk satu tempoh dan kemudian berkata, “Ditangan kami ada al-Jafr. Apakah mereka mengetahui apa itu al-Jafr?” Aku kemudian bertanya, “Apakah kandungan al-Jafr itu ?” The Imams (a.s.) menjawab, “Ia mengandungi ilmu para nabi dan pelaksana harapan-harapan mereka dan ilmu cerdik pandai orang-orang Israel terdahulu.” [al-Kafi, Hadith 635, Ch. 40, h 1]
MESSIAH YAHUDI dan MAHDI SYIAH

Cuba kita renungkan persamaan antara Mahdi Syiah dan Dajjal Messiah Yahudi yang diceritakan oleh agamawan Yahudi :
Penulis Yahudi terkenal Raphael Pata’ telah menterjemah kitab Mishne Torah yang telah dihimpunkan oleh pendita Yahudi lampau bernama Maimonides. Tajuk terjemahannya, The Messiah Texts pada muka surat 322-327, Maimonides menulis ;
“King Messiah will arise in the future and will restore the kingship of David to its ancient condition, to its rule as it was at first. And he will rebuild the Temple and gather the exiled of Israel. And in his days all the laws will return as they were in the past. They will offer up sacrifices, and will observe the Sabbatical years and the jubilee years with regard to all the commandments stated in the Torah. And he who does not believe in him, or he who does not await his coming, denies not only the [other] prophets, but also the Torah and Moses our Master. For, behold, the Torah testifies about him [the Messiah], as it is written, The Lord will return your captivity and have compassion upon thee, and will return and gather thee from all the peoples whiter the Lord thy God hath scattered thee. If any of thine that are dispersed be in the uttermost parts of heaven, from thence will the Lord thy God will bring thee into the land which thy fathers possessed, and thou shalt possess it (Deut. 30:3-5)
Selanjutnya, Yahudi mempercayai Messiah atau al-Masih itu seorang raja, penakluk yang menang dari keturunan Nabi Dawud yang mereka namakan anak Allah. Mereka mempercayai juga bahawa al-Masih itu akan datang semula untuk mengembalikan kebesaran Israel dan menyatupadukan perbalahan kaum Yahudi di Palestin serta menjadikan hukum-hukum Taurat (kitab Nabi Musa) berjalan berkuat-kuasanya.
Mereka berharap al-Masih mereka muncul sejak zaman Nabi Musa a.s lagi. Nama al-Masih – Messiah sering diseru-seru oleh kaum Yahudi setiap kali mereka ditimpa bencana dan setiap masa mereka menderita dari bencana-bencana tersebut.
Tetapi juga kadang-kadang al-Masih ini juga dinamakan kepada sesiapa yang bertindak terhadap musuh-musuh mereka (Yahudi) walaupun bukan dari keturunan Daud seperti gelaran diberikan kepada Cyrus. Oleh kerana al-Masih itu masih belum muncul mereka menamakan beberapa ciri-ciri al-Masih sebenar iaitu seorang pembaik (muslih) sosial, adil dan bersopan santun. [lihat Arthur Hertzberg, Judaism, m.s : 215 – 218]
Abbas Mahmud Aqqad berkata, kebanyakan pengkaji mempercayai bahawa idea penyelamat yang jujur itu adalah dipinjam dari kepercayaan Zoroaster, agama asal yang dianuti oleh orang-orang Parsi. [Lihat Dr. Ahmad Syalabi, Agama Yahudi, Pustaka Nasional : Singapore, thn : 1977, m.s : m.s 185. Abbas Mahmud Aqqad, Allah, m.s 117.]
Guignebert berkata : Sesungguhnya kecenderungan Parsi kepada melukiskan kemenangan berterusan golongan baik ke atas golongan jahat selepas melalui sebuah pertarungan yang panjang . Apa yang dinamakan baik oleh orang Parsi, dinamakan pula oleh orang-orang Yahudi sebagai al-Masih [Lihat Guignebert , The Jewish World in The Time of Jesus, m.s 141].
Idea wujudnya seorang raja yang idealis yang memerintah seluruh alam ini adalah asalnya dari idea yang tersebar dari kaum Semitik (Yahudi) dan ia dikuti pula dengan wujudnya suatu alam yang idealis yang sama, iaitu apa yang dikatakan oleh kaum Yahudi dan Kristian sesudah itu, kerajaan Tuhan.
Setengah pengkaji pula berpendapat kecenderungan kepada idea yang mengatakan al-Mahdi Muntazar yang dipegang oleh Syiah adalah dipinjam daripada idea yang ditunggu-tunggu di kalangan kaum Yahudi. [Lihat Max Margolis dan Alexander Marx : A History of Hebrew People, m.s : 258]
TINDAK-TANDUK  IMAM  MAHDI SYIAH (DAJJAL) SETELAH KEMUNCULANNYA

Lihat pula apakah sifat-sifat Mahdi Syiah – Dajjal ini dan apakah yang bakal dilakukannya setelah muncul lagi berdasarkan keterangan hadis-hadis agama Syiah : 

a.) Rasulullah S.A.W orang pertama berbaiah dengan Imam Mahdi ? Aqidah sesat Syiah

Orang pertama yang akan membai’ah Imam Mehdi Syiah ialah Rasulullah s.a.w ketika raj’ah. Rasulullah SAW akan menjadi muridnya. [Haqq al-Yaqin jil.2, m.s : 347 dan Bashairu al-Darajat, m.s : 213] 

b.) Muncul Imam Mahdi, Hipokrit (Taqiyyah) Bagi Agama Syiah Akan Terbatal

Taqiyyah adalah sesuatu yang wajib diamalkan oleh seseorang yang berfahaman Syiah. Seterusnya akan terkeluar daripada Syiah jika tidak mengamalkannya. Diriwayatkan daripada Imam kelapan Ali bin Musa bahawa beliau berkata, “Tiada agama bagi orang yang tidak wara’ dan tiada iman bagi orang yang tidak bertaqiyyah. “Maka beliau ditanya, “Wahai cucunda Rasulullah, sampai bilakah (perlu bertaqiyyah)? Beliau menjawab, “Sampai hari tertentu, iaitu hari munculnya Imam Mahdi. Sesiapa yang tidak mengamalkan taqiyyah sebelum keluarnya Imam Mahdi, bukanlah dia daripada kalangan kami “. (Kasyf al-Ghummah Al-Ardabili, hal 341). 

c.) Imam Mahdi Kejam dan Ganas

Sifat Imam Mahdi yang ditunggu oleh Syiah begitu ganas dan kejam sehingga kerjanya tidak lain selain daripada membunuh dan menyembelih manusia, terutama bangsa Arab dan kalangan Ahli Sunnah.
Mereka menyatakan, Apabila muncul Imam Mahdi nanti orang orang Syiah akan menghadapkan setiap Nasibi di hadapan Imam Mahdi. Jika Nasibi itu mengakui Islam iaitu wilayah maka dia akan dibebaskan, jika tidak akan dipenggal lehernya atau dia bersedia membayar jizyah sebagai ahli zimmi. (al-Majlisi, Bihar al-Anwar, J.52, hal 373, tafsir Furat ibn Ibrahim, hal. 100).
Al-Majlisi meriwayatkan, “tidak akan ada yang tinggal antara kami dengan orang Arab melainkan pembantaian” [Mula Baqir al-Majlisi, Bihar al-Anwar, jil. 52 m.s 349].
Dalam riwayat yang lain al-Majlisi meriwayatkan, “al-Muntazar akan berjalan di kalangan orang Arab dan akan membunuh mereka”. [Mula Baqir al-Majlisi, Bihar al-Anwar, jil.52, m.s 318]
Dia juga meriwayatkan, “Hati-hatilah orang Arab kerana mereka memiliki berita yang buruk, maka sesungguhnya tidak akan keluar seorang pun dikalangan mereka bersama al-Qa’im”. [al-Majlisi, Bihar al-Anwar, jil.52, m.s : 333].
Kejam terhadap manusia dengan membunuh 9/10 daripada umat islam. Ketika raj’ah, orang-orang ahli sunnah yang tidak menerima ajarannya (Syiah Imamiyyah) akan dipenggal lehernya. [al-Kulaini, al-Raudah min al-Kafi, jil.8, m.s 160]
Majlisi meriwayatkan, dari Abu Abdillah a.s, “kalaulah manusia mengetahui apa yang bakal dilakukan oleh al-Qaim semasa dia muncul, maka kebanyakan mereka lebih suka untuk tidak melihatnya kerana pembunuhan yang dilakukannya terhadap manusia .. sehingga kebanyakan manusia mengatakan, “Ini bukan dari keluarga Muhammad, kalaulah dia dari keluarga Muhammad pasti dia akan memiliki kasih sayang” . [Bihar al-Anwar, jil. 52, m.s 353].
Sayid Sadr menyatakan, “Sesungguhnya pembunuhan yang terjadi pada manusia kebanyakkan dikhususkan kepada kaum muslimin. Kemudian dia (al-Qaim) menghadiahkan kepada saya satu salinan dari kitabnya”[Sayyid Husein al-Musawi, lillah thumma li Tarikh, terj. Mengapa saya keluar dari Syiah, m.s : 137]
d.) Imam Mahdi akan merobohkan Ka’bah.

Al-Majlisi menjelaskan, perkara yang pertama dilakukan oleh al-Qaim setelah muncul ialah mengusir dua orang iaitu Abu Bakr dan Umar yang masih basah dan segar, melemparkannya dengan angin dan merobohkan masjid-masjid. [ Bihar al-Anwar, jil.52, 387 ].
Imam Mahdi yang dinantikan kemunculannya yang mengikut kepercayaan Ahli Sunnah akan memenuhi bumi dengan keadilan setelah ia dipenuhi dengan kezaliman dianggap oleh Syiah sebagai orang yang akan merobohkan Kaabah dan akan memotong tangan dan kaki penjaga Tanah Haram.
Syeikh Mufid menyebut bahawa, “Apabila lmam Mahdi muncul ia akan merobohkan masjid al-Haram dan memotong tangan Bani Syaibah kemudian menggantungkannya di Kaabah serta dituliskan kepadanya, mereka inilah pencuri pencuri Kaabah.” (al-Mufid, Al-Irsyad. hal. 411, At-Tusi, Kitab al Ghaibah, hal.282).
Al-Majlisi meriwayatkan, “Sesungguhnya al-Qaim akan merobohkan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi sehingga rata tanahnya”. [ al-Majlisi, Bihar al-Anwar, jil. 52, m.s : 338 ] juga al-Tusi, al-Ghaibah, m.s 282 ] 

e.) Membongkar semula kubur para sahabat nabi.

Akan membongkar kubur Abu Bakr al-Siddiq dan Umar al-Khattab r.a untuk disalib dan disebat dikhalayak ramai. Mereka kedua akan dihidupkan kembali untuk menerima hukuman. [Lihat, Ni’matullah al-Jazairi, Al-Anwar al-Nu’maniyyah, jil.2, m.s : 85 dan Majlisi, Haqq al-Yaqin, j.2, m.s : 242].
Sementara di zaman kemunculan Mahdi, ketika raj’ah Imam Mahdi akan menghidupkan Aisyah dan akan melaksanakan hukum hudud ke atasnya kerana Aisyah dikatakan telah berzina semasa hidup Rasulullah s.a.w. [Anwar al-Nu’maniyyah, jil.1, m.s : 161, Tafsir al-Shafi, jil.2, m.s 108, Haq al-Yaqin, jil.2, m.s 256, Hayat al-Qulub, jil.2, m.s 611]
al-Majlisi menjelaskan, perkara yang pertama dilakukan oleh al-Qaim setelah muncul ialah mengusir dua orang iaitu Abu Bakr dan Umar yang masih basah dan segar, melemparkannya dengan angin dan merobohkan masjid-masjid. [Bihar al-Anwar, jil.52, 387].
 f.) Mahdi Syi’ah berhukum dengan hukum Dawud dan Sulaiman (Kitab Zabur) dengan kejam.

Al-Majlisi meriwayatkan bahawa, “al-Qaim akan membawa ajaran baru, kitab yang baru dan hukum yang baru”. [al-Majlisi, Buhar al-Anwar, jil.52, m.s : 354].
Al-Kulaini dalam Usul al-Kafi, kitab yang paling sahih bagi Syiah yang mengatasi kesahihan Sahih al-Bukhari bagi ahli Sunnah. Dia meriwayatkan dari Imam Abu Abdillah a.s berkata : “Jika al-Qaim dari keluarga Muhammad muncul, dia akan memerintah dengan hukum Daud dan Sulaiman (ajaran Taurat), dia tidak akan menanyakan bukti-bukti”. [Usul al-Kafi, jil.1, m.s : 397] 





Penjelasan Lebih Jelas : Blogammar

No comments:

Post a Comment