Jom Tambah Duit Secara Online

Tabung oo Tabung

KLIK SINI YE !!!

Thursday, 12 December 2013

WAJIB BACA !!! DOA TOLAK ATAU BERLINDUNG DARI FITNAH DAJJAL

DOA TOLAK ATAU BERLINDUNG DARI FITNAH DAJJAL


Doa tolak atau berlindung dari fitnah dajjal. Seperti mana amaran yang telah diberi oleh Rasullah s.a.w mengenai dajjal. Sebagai umat islam, kita wajib mengamal doa ini bagi menolak atau berlindung daripada fitnah dajjal yang akan merosakkan muka bumi dengan kejahatan nya. Terutamanya bagi golongan yang rendah ilmu dan imannya.

Kewajipan untuk berlindung dari fitnah Dajjal merupakan perkara yang amat penting buat kita. Kerana dalam sebegitu banyak hadith-hadith kita telah di diberi beberapa ‘amaran’ oleh Rasulullah SAW tentang bahayanya Dajjal. Sebab itu dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w bersabda :

“Bila seseorang selesai membaca tashahhud (akhir), hendaklah ia memohon perlindungan kepada Allah empat perkara, iaitu: 

‘ Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari siksa neraka jahannam, dari siksa kubur, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah dajjal‘. [Selanjutnya, hendaklah ia berdoa memohon kebaikan utk dirinya sesuai kepentingannya]“. Hadith riwayat Muslim, Abu ‘Awanah, Nasa’i dan Ibnu jarud dalam al-muntaqa [27].

Dalam riwayat Abu Daud dan Ahmad dengan sanad yang sahih, Nabi selalu membaca doa tersebut dalam tasyahhudnya.
Lihatlah betapa pentingnya untuk kita berlindung dari fitnah Dajjal tersebut, Nabi Muhammad SAW seorang manusia yang secara mutlaknya mendapat perlindungan dari Allah SWT sendiri, selalu memohon perlindungan daripada fitnah Dajjal, inikan pula kita, hanya manusia biasa.
Bahayanya fitnah Dajjal ialah, ia bukan sahaja mengelirukan orang awam yang rendah ilmu dan imannya, tetapi jika dilihat pada sejarah, berapa ramai ulama’ terkeliru dengan Dajjal ini. Fitnah Dajjal amatlah dasyat, boleh jadi seseorang yang awalnya Islam, akan tersesat di akhir hayatnya yang kemungkinan akan murtad pada kemudian hari.
Ketika selesai membaca tasyahhud yakni sebelum salam, adalah digalakkan membaca doa ini :

Ruminya : Alloohumma inni a'uuzu bika min 'azaabil qabri, wa min 'azaabi jahannam , wa min fitnatil mahyaaa wal mamaati, wa min syarri fitnatil masiihid dajjaal

Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari siksa kubur, dari siksa neraka jahannam, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah dajjal.


Siapa Dajjal Dan Kedatangan Dajjal


Sejak zaman Rasulullah SAW hinggalah akhir zaman ini, ‘Dajjal’ masih lagi menjadi sebutan. Siapakah Dajjal? Kita tidak akan mengetahui siapakah sebenarnya Dajjal, dek kerana kecetekan ilmu yang kita punya kelemahan kelemahan iman kita. Namun masih terdapat satu golongan yang mampu mengenali Dajjal iaitu“Ahli Tasawuf atau Ahli Sufi”.

Siapakah Ahli Tasawuf / Sufi? 

Ahli tasawuf merupakan muslim yang menjadi kekasih Allah, sentiasa mendapat keberkatan Allah, dan juga sentiasa dimakbulkan doanya oleh Allah. Ahli tasawuf adalah orang yang dicintai Allah, kecintaan Allah terhadap golongan ini sehingga Allah berkenan menganugerahkan mereka pancaindera yang keenam iaitu membaca hati dan melihat perkara yang dihijab Allah.


Contoh terdekat yang boleh diambil kira ialah Wali Songo yang terdapat di Indonesia suatu ketika dahulu. Pada zaman sekarang, terdapat juga golongan yang mengamalkan tasawuf dan kebanyakannya berada di Kelantan (Malaysia) dan Selatan Thai (Thailand). Terdapat juga seorang mudir yang dipercayai mencapai taraf wali iaitu Mudir bagi sebuah Pondok pengajian di Pengkalan Hulu, Perak. Beliau dikenali sebagai Pak Teh dan telah meninggal pada 30/09/2010. (moga rohnya dicucuri rahmat) 


Hadis-hadis nabi yang menceritakan tentang kedatangan Dajjal di akhir zaman. 

Sabda Baginda SAW ;
“Ketahuilah ia (Dajjal) berada di laut Syam atau laut Yaman.. akan datang dari arah timur (lalu menunjukkan dengan tangan baginda)..”- Hadis riwayat Muslim.

Daripada Abi Bakr al-Siddiq r.a, sabda Baginda SAW,
“Dajjal akan muncul ke bumi dari arah timur bernama KHURASAN.”- Hadis riwayat al-Tirmizi.

Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Baginda SAW, 

“Dajjal akan keluar dari kota Yahudi ISFAHAN (Khurasan, IRAN) bersama 70,000 penduduk ISFAHAN”. [Fath al-Rabbani Tartib Musnad Ahmad. Ibn Hajar berkata : "Sahih"].

Rasulullah SAW bersabda :

“Dajjal akan diikuti oleh 70,000 yahudi dari kota Isfahan (Nan), mereka memakai Al-Tayalisah”. Hadis riwayat muslim.

Ibn Kathir berkata, Dajal pada mulanya akan muncul dari ISFAHAN dari sebuah kota Yahudi [al-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim]. 

No comments:

Post a Comment

Klik Tabung Ye...

Tabung oo Tabung

Kartikel Punye !!!