Thursday, 5 December 2013

HOT !!! MAYAT WANITA SEPARUH BOGEL DALAM SALURAN LIF PANGSAPURI SRI SELANGOR

MAYAT WANITA SEPARUH BOGEL DALAM SALURAN LIF PANGSAPURI SRI SELANGOR
Mayat wanita dalam saluran lif di Pangsapuri Sri Selangor. Wanita separuh bogel dalam saluran lif. KUALA LUMPUR: Mayat seorang wanita dalam keadaan separuh bogel ditemui mati di dalam lubang saluran lif di Blok 11 Pangsapuri Sri Selangor, Jalan San Peng, di sini, kira-kira 7 petang tadi.

Gambar Hiasan
Mangsa berusia bawah 20-an itu dipercayai bukan penduduk pangsapuri berkenaan, namun sering kelihatan di kawasan itu kerana pergi ke rumah teman lelakinya. 

Bagaimanapun, sejak seminggu lalu, mangsa dan teman lelakinya tidak kelihatan sebelum mayat wanita terbabit ditemui pihak pengurusan pangsapuri yang menerima aduan daripada penduduk mengatakan terbau busuk ketika menaiki lif. 

Penduduk yang mahu dikenali dengan Ong, 40-an berkata, dia terbau busuk setiap kali menaiki lif untuk pulang ke rumahnya.
Katanya, akibat tidak tahan dengan bau yang meloyakan itu, dia dan penduduk lain berpakat melaporkan kepada pihak pengurusan yang kemudian membuat pemeriksaan.
"Petang tadi saya pergi ke pejabat pengurusan bersama rakan untuk mengadu hal ini dan pihak pengurusan memberitahu akan membuat pemeriksaan. 
Gambar Hiasan

"Alangkah terkejutnya apabila mendapati bau busuk yang selama ini disangka bau sampah adalah bau mayat. Mereka kemudian membuat laporan polis," katanya ketika ditemui. 

Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, sebaik menerima laporan berhubung kejadian, sepasukan lima anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian. 

"Jentera yang tiba kira-kira 10 minit kemudian mendapati mayat terbabit sudah membengkak dalam keadaan terlentang di bahagian bawah saluran lif," 
katanya. 

Menurutnya, jantina dan punca kematian masih belum dikenalpasti.

Sumber : myMetro

No comments:

Post a Comment