Showing posts with label syiah. Show all posts
Showing posts with label syiah. Show all posts

Monday, 16 December 2013

WAJIB BACA !!! SIAPAKAH DAN GAMBAR IMAM MAHDI DALAM FAHAMAN SYIAH ?

SIAPAKAH DAN GAMBAR IMAM MAHDI DALAM FAHAMAN SYIAH

Siapakah Imam Mahdi Syiah ?. Fahaman / Penganut Syiah mempunyai Imam Mahdi sendiri. Berlainan dengan Imam Mahdi Ahli Sunnah, yang akan membawa keadilan dan kedamaian.‎ Syiah sedang menunggu kemunculan al-Qaim atau Imam ke-12 atau Imam Mahdi yang telah dua kali bersembunyi dalam lubang Sardab di Sammara’. Siapakah Imam Mahdi Syiah ? Paling best admin ada sertakan gambar Imam Mahdi pengikut Syiah.




SYIAH : (شيعة) Dari segi etimologis (bahasa), Syiah bererti "Para Pengikut, Penyokong, Pendukung atau Pembela".  Contohnya:  Syiah Ali, bermaksud satu kelompok yang berupa "Penyokong, pendokong atau pembela Ali".  Menurut Terminologi (istilah) syara, Syiah bermaksud "Sesiapa yang mengangkat kepimpinan Ali radiallahu 'anhu dan anak-anaknya".  Dan apabila disebut si Fulan itu Syiah maka dia menganut atau berfahaman Syiah.

Tuesday, 17 September 2013

HOT !!! AZAB JENAZAH ULAMA SYIAH RAFIDAH

AZAB JENAZAH ULAMA SYIAH RAFIDAH

Beliau adalah ulama terbilang mazhab Syiah Rafidah. Sheikh Mirza Jawad Tabrizi mempunyai ribuan pengikut dan menjadi antara ulama kegemaran ramai di Qom, IranNamun, akidah beliau jauh tersasar daripada akidah ahli sunnah wa jamaah


Mulutnya lancang mengutuk para sahabat antaranya adalah Saidina Umar al-Khattab ra. Kutukan beliau ke atas sahabat Rasulullah ini ditulis dalam kitabnya, al-Syudzudz al-Jinzi Ladaa Umar bin al-Khaththab (kelainan seks pada diri Umar bin Khattab). Admin juga menyediakan foto jenazah di dalam liang lahad.

Thursday, 17 January 2013

HOT !! JOM KENALI CIRI-CIRI SYIAH

15 CIRI SYIAH DI MALAYSIA & INDONESIA


Penganut Syiah di Malaysia atau di Indonesia selalu bersembunyi dalam segala hal, terutama mereka mendakwa bahawa Syiah merupakan bahagian mazhab dalam Islam. Padahal sebenarnya tidak. Dalam istilah Syiah, hal itu disebut “Taqiyah”. Namun sebenarnya ada beberapa yang boleh kita perhatikan dari penganut Syiah dari 15 ciri-cirinya yang berikut ini:
1) Mengenakan songkok hitam dengan bentuk tertentu. Tidak seperti songkok yang dikenali umumnya songkok mereka seperti songkok orang arab hanya saja warnanya hitam.
2) Tidak solat Jumaat. Meskipun solat Jumaat bersama jamaah, tetapi dia langsung berdiri setelah imam mengucapkan salam. Orang-orang akan menyangka dia mengerjakan solat sunat, padahal dia menyempurnakan solat Zuhur empat rakaat, kerana pengikut Syiah tidak meyakini kesahihan solat Jumaat kecuali bersama Imam yang ma’sum atau wakilnya.