Monday, 30 December 2013

WAJIB BACA !!! MAKSUD TERSIRAT LAGU M. NASIR " TANYA SAMA ITU HUD-HUD"

MAKSUD TERSIRAT LAGU M. NASIR " TANYA SAMA ITU HUD-HUD"

Maksud Tersirat Lagu Tanya Sama Itu Hud-Hud Nyanyian M.Nasir. Wah baru admin terbaca dan faham apa maksud sebenarnya lagu ini. Amat la mendalam dan mempunyai mesej tersendiri. Jom sama kita kongsikan apakah maksud tersirti di dalam lagu "Tanya Sama Itu Hud-Hud". Admin juga menyediakan biodata ringkas M. Nasir yang dikenali dengan jolokan sifu.


M. Nasir atau nama sebenarnya Mohamad Nasir bin Mohamad (Lahir 4 Julai 1957) ialah seorang penyanyi, penggubah lagu, pelakon, serta pelukis yang menetap di Malaysia. M. Nasir dilahirkan di Singapura. Beliau juga dikenali dengan jolokan sifu dalam industri muzik Malaysia.



Jom baca dan lihat apakah maksud tersirat lagu ini :

Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan

Pernah dengar tak hadith Rasulullah s.a.w tentang umat Islam yang terpecah kepada 73 golongan, dan daripada kesemua ini hanya satu golongan yang terselamat dari seksaan neraka iaitu golongan (jemaah) yang mengikuti sunnah Rasulullah dan sahabatnya.

Ketahuilah bahawa orang-orang sebelum kamu daripada Ahli Kitab telah berpecah kepada tujuh puluh dua kumpulan, dan sesungguhnya kumpulan ini (umat Islam) akan berpecah kepada tujuh puluh tiga (kumpulan), tujuh puluh dua daripadanya akan masuk neraka dan hanya satu daripadanya akan masuk syurga, iaitu al-Jamaah. (lihat Sunan Abu Daud no 4429)

Maknanya,yang sampai itu bermaksud yang selamat. Hanya ada satu jalan untuk selamat iaitu dengan mengikuti sunnah Rasulullah dan para sahabat. Agak-agaknya la kan, kita ni mengikut sunnah baginda tak?

Beribu-ribu Margasatua

Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh

Rangkap ini diambil daripada syair Parsi - Musyawarah Burung (Mantiq Al-Tayr) tulisan Farid ud-Din Attar. Dalam syair tersebut, beribu-ribu burung terbang untuk mencari raja mereka, Simurgh. Daripada beribu-ribu burung tadi, hanya tiga puluh yang berjaya. Kejayaan mereka membolehkan mereka sampai kepada tahap mengenali sang raja. Bukan mudah untuk sampai ketahap tersebut kerana mereka perlu menghadapi 7 lembah. Sebenarnya,perjalanan burung-burung ini adalah perjalanan penulis syair tersebut dalam mencari makna dan hakikat hidup.


Ooh... Sang Algojo

Ooh... nanti dulu

Algojo itu adalah orang yang ditugaskan mencabut nyawa. Kalau di penjara,beliau mungkin orang yang memegang butang yang menjadi pemegang lantai di bawah tali gantung. Tapi hakikat sebenar, yang ditugaskan mengambil nyawa itu adalah malaikat maut. Andainya dia tiba dan mahu menjalankan tugas, boleh tak kita nak kata kat dia, "Oohhh nanti dulu!"?


Lihat dunia dari mata burung
Atau lihat dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih



Dua rangkap yang atas tu jelas dan terang, menyuruh kita berfikir antara melihat dari mata burung, with an open minded dan berpandangan jauh atau sekadar mahu melihat seperti katak di bawah tempurung. Hanya melihat tempurung dan diri sendiri. Itupun kalau ada cahaya. Kalau tak ada? Gelap gelitalah jawabnya. Maka, pilihlah dengan akal dan iman yang dianugerahkan.

Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini


"Singkap kembali sejarah Rasullullah membawa cahaya pada Zaman Jahiliah. Rasullullah mengajarkan Islam pada masyarakat yang jahil. Maka dalam keadaan jahil itu wujudlah satu sistem yang sempurna. Namun dunia kini sudah jauh berubah, sistem yang sempurna itu sudah tidak diguna pakai. Tempatnya diambil alih oleh undang-undang ciptaan manusia sendiri yang terlalu banyak kekurangan, terkadang itu banyak kontroversi berlaku dan kita berada DI SINI!"

Semasa kekalutan jahiliyah, peraturan Islam yang dibawa oleh Rasulullah mengubah keadaan masyarakat. Namun setelah peraturan tersebut diubah-ubah, ia mengundang kekalutan. Dan di mana kita berada? Di sini,di dunia yang penuh kalut ini.

Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu
Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai

Boleh tak merayu di saat akhir kehidupan. Waktu itu baru nak bertaubat, baru nak merayu, baru nak bersaksi dengan kalimah kebenaran (syahadah)? Baru nak kata, yang kita bersaksi sebenar-benar Tuhan hanyalah Allah. Sempat kah?

Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerana dia yang terbangkan ku ke mari

Oleh kerana burung hud-hud yang mendakwa bahawa raja si Muraq itu wujud dan menerbangkan kawanan burung ke tempat yang dituju, maka kena tanya pada dia lah tentang semua persoalan yang timbul dalam lirik ini. Lang mensilang Kui mengsikui maksudnya orang bukan orang hantu bukan hantu.

Semoga dengan penjelasan ini, ia dapat membantu kita dalam mencari makne sebenar dan apakah yang kita cari di dalam dunia ini. Bagi yang tidak faham atau mahu lebih penjelasan, apa kata tanye dan berbicara sendiri dengan "Tanya sama itu Hud-hud"

3 comments:

  1. wow.. nice info.. thanks for sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mohon kongsikan artikel anda di kongsiblog.com

      thanks :)

      Delete
    2. No problem broooooo...ambil je mn artikel yg minat...sama2 blogger no hal punya la...

      Delete