Monday, 9 December 2013

HOT !!! GAMBAR ANGGOTA TLDM DI BUNUH ATAU MATI LEMAS | ASRUF SABAH

GAMBAR ANGGOTA TLDM DI BUNUH ATAU MATI LEMAS | ASRUF SABAH
Gambar anggota TLDM yang mati dibunuh. Gambar anggota TLDM Mati lemas. Dalam mencari artikel-artikel hot, admin terjumpa artikel ini. Sefahaman admin dalam membaca berita ini, ada sesetengah pihak yang menyangkal atau mempersoalkan. Di mana anggota TLDM ( tentera laut diraja malaysia ) ini mati dibunuh atau terbunuh. Anggota TLDM dibunuh atau terbunuh. Nie gambar yang admin dapat dari web tersebut.

Tak berani hendak mengesahkan apa kejadian sebenar yang berlaku. So admin copy artikel yang dikongsikan oleh rakan. Artikel di bawah admin ambil dari Terengganutoday.com. So jom baca cerita ini sama ada dibunuh atau terbunuh :

Ini artikel yang admin perolehi :
Agak keberatan penulis hendak menaip kisah ini kerana secara jujur, tidak banyak maklumat yang ada pada penulis.
Namun, melihat gambar dan kenyataan ini berlegar dengan begitu meluas di media sosial, maka penulis terpanggil juga membawa isu kejadian ini ke tengah.
Apa yang penulis taipkan adalah berdasarkan analisis sendiri daripada status yang dimuat naik salah seorang pengguna Facebook.
Apa yang penulis faham, mangsa dalam gambar ini dikenali sebagai Asruf dan berasal dari Sabah didakwa sebagai anggota Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM).
Kalau mengikut pihak yang mula-mula memuat naik gambar itu, seolah-olah ada konspirasi di pihak pegawai mangsa untuk menutup kejadian sebenar.

Mangsa dilaporkan sebagai mati lemas sedangkan dalam gambar jelas kelihatan yang mangsa seperti didera dengan kesan lebam akibat dipukul dan dicucuh dengan rokok.
Justeru, ada dua aspek penting di sini.
Pertamanya, pihak TLDM perlu menyiasat kesahihan kes itu dan menafikannya andai benar tidak berlaku sebarang penderaan. Tindakan itu perlu memandangkan ramai yang memberikan komen bahawa berlaku main kasar dalam apa yang menimpa mangsa. Dan isu ini juga semakin mendapat perhatian pengguna media sosial.


Keduanya … andai memang berlaku tindakan berunsur jenayah, maka pegawai yang atau sesiapa sahaja yang terbabit dalam kejadian itu harus diambil tindakan.
Yang pasti sesuatu perlu dilakukan demi nama baik TLDM atau demi keadilan kepada Asruf andai benar ada berlaku jenayah.

No comments:

Post a Comment