Wednesday, 4 December 2013

HOT !!! SEKS BEBAS PUNCA REMAJA WANITA | AWEK MELAYU MENGANUT FAHAMAN SYIAH

SEKS BEBAS PUNCA REMAJA WANITA | AWEK MELAYU MENGANUT FAHAMAN SYIAH


Seks bebas Punca Remaja Wanita | Awek melayu Menganut Fahaman Syiah. Seks bebas salah satu punca peningkatan remaja wanita, awek melayu atau awek malaysia menampakan peningkatan yang tinggi. Ini semua di sebabkan oleh kebenaran berkahwin secara mutaah. Kebenaran untuk berkahwin secara mutaah yang kononnya menghalalkan zina dikenali pasti sebagai faktor utama menyebabkan segelintir umat Islam di negara ini terutama lelaki, terjebak dengan fahaman Syiah.



Penolong Pengarah, Seksyen Akidah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Mohd Aizam Mas'od, berkata kesimpulan itu berdasarkan pengakuan 141 pengikut fahaman terbabit yang direkodkan JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) setakat ini. Admin menyediakan beberapa penerangan mengenai Hadis Palsu Syiah, Kedudukan Muta'ah Dalam SyiahKeutamaan Dan Fadilat Mut’ah Menurut Syiah, Apa Itu Nikah Mut'ah,  Pandangan Mazhab Sunni dan Mazhab Syiah dan Ciri - Ciri Syiah Di Malaysia dan Indonesia.




Hadis Palsu Syiah

Katanya, kebanyakan pengikut Syiah daripada kalangan orang Melayu tidak mahu menceritakan secara terperinci mengenai kahwin mutaah, namun Syiah buat hadis palsu mengenai mutaah dengan mengatakan sesiapa yang melakukannya akan mendapat pahala besar.

Mereka tahu zina perkara jijik dan berdosa besar, tetapi dalam Syiah benda jijik dimuliakan... Nikah mutaah mulia, bahkan mendapat pahala lagi, siapa yang bermutaah sekali sama martabatnya dengan Saidina Hassan, dua kali sama dengan Saidina Hussin dan tiga kali sama dengan Saidina Ali.

Pengikut Syiah percaya, kahwin mutaah yang sebenarnya menghalalkan zina dalam Islam, akan diberikan pahala yang besar seperti yang diterima Rasulullah SAW dan sahabat Baginda, katanya ketika berucap pada majlis 'Ceramah Perdana Maal Hijrah dan Wacana BAKTI: Kesesatan dan Fahaman Syiah', di sini semalam.



Kedudukan Muta’ah Dalam Ajaran Syiah:
  1. Al Kulaini meriwayatkan dari Jaafar bin Muhammad Al Baqir bahawa beliau berkata, “ Bukan dari kalangan kami orang yang tidak mempercayai raj’ah (kebangkitan semula para Imam sebelum qiamat untuk menghukum orang-orang yang menentang dan memusuhi Ahlul Bait) dan tidak menganggap halal mut’ah kita” (Man Laa Yahdhruhul Faqih jilid  3 hal. 458, Syeikh Abbas Al Qummi-Muntaha Al Amal jilid  2 hal. 34 )
  2. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Sinan dari Jaafar As Shadiq katanya, “Sesungguhnya Allah Tabarakawataala telah mengharamkan bentuk minuman yang memabukkan ke atas Syiah kita dan menggantikannya dengan mut’ah.” (Ibn Bahwaih Al Qummi- Man Laa Yahdhuruhul Faqih j . 3 hal. 467, Al Muurru Almili-Wasaailu As Syiah j. 14 hal. 438 )
Keutamaan Dan Fadilat Mut’ah Menurut Syiah:
Untuk menggalakkan amalan mut’ah ini mereka mengadakan sekian banyak hadis-hadis palsu atas nama para Imam mereka yang Duabelas dan atas nama Nabi s.a.w.
  1. Mereka meriwatkan dari Nabi s.a.w. bahawa Baginda saw bersabda, “  Sesiapa yang keluar dari dunia (mati ) dalam keadaan tidak pernah melakukan mut’ah ia akan datang pada hari qiamat dalam keadaan rompong . “ Mulla Fathullah Ka-Syaani – Tafsir Manhaj As Shadiqin  j 2 hal. 489 
  2. Ketika Nabi s.a.w. mikraj  ke langit Baginda s.a.w. telah ditemui oleh Jibrail lalu berkata, “ Wahai Muhammad, Allah Tabarakawaataala berkata : Sesungguhnya Aku telah mengampunkan orang yang telah melakukan mut’ah dengan perempuan dari kalangan umatmu . “ (Man Laa Yahdhuruhul Faqih  j . 3 hal. 463. Wasaailu As Syiah j . 14 hal. 442. Biharu Al Anwar  j 100 hal 306. 
  3. Bakr bin Muhammad meriwayatkan bahawa beliau pernah bertanya Jaafar as Shadiq tentang mut’ah. Beliau ( Jaafar As Shadiq ) menjawab , “ Sesungguhnya aku benar-benar tidak suka seseorang Muslim itu keluar dari dunia ( mati ) dalam keadaan masih belum dilakukannya sesuatu perbuatan yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.  “ ( Man Laa Yahdhuduruhul Faqih j . 3 hal. 463,  Wassailu As Syiah j. 14 hal 442, Qurbul Isnad hal. 21 ) 
  4. Diriwayatkan dari Soleh bin Uqbah dari ayahnya dari Muhammad Al Baqir katanya , “ Aku berkata kepada Muhammad Al Baqir ; Adakah orang yang melakukan mut’ah itu mendapat pahala? “ Muhammad Al Baqir berkata , “ Ya. Kalau ia melakukan mut’ah dengan niat kerana Allah dan sebagai bantahan terhadap orang yang tidak menerimanya, maka tiada sepatah perkataan pun yang diucapkannya kepada perempuan yang dilakukan mut’ah dengannya melainkan Allah Tabarakawataala menuliskan untuknya satu kebajikan dan tiada dihulurkannya tangannya kepada perempuan itu melainkan ditulis Allah satu kebajikan untuknya. Apabila ia menghampiri perempuan itu  nescaya Allah ampunkan satu dosanya. Apabila ia mandi Allah mengampunkan dosa-dosanya sebanyak bilangan bulu yang dilalui air di atas tubuhnya. “ Maka aku pun berkata (kata ayah Soleh) Sebanyak bulu di tubuh ? “ Muhammad Al Baqir berkata, “ Ya. Sebanyak bilangan bulu di tubuh orang itu.” ( Man Laa Yah dhuruhul Faqih J . 3 hal. 463, Wasaailu As Syiah j . 14, hal. 442, Biharu  Al Anwar j. 100 hal. 306)

Apa Itu Nikah Mut'ah


Nikah mut'ah (Arab: نكاح المتعة‎ ​ nikāḥ al-mut'aṯ, harfiah: perkahwinan untuk keseronokan), atau sigheh, adalah perkahwinan bagi tempoh masa tertentu, yang menurut Mazhab Syiah, adalah perkahwinan bagi masa yang telah ditetapkan, dan selepas itu, ikatan perkahwinan tersebut terlerai. Contohnya, seorang lelaki melakukan berkahwin dengan akad nikah sebagai berikut, "Aku berkahwinimu selama satu bulan atau satu tahun." Kemudian, wanita itu menjawab, "Aku terima." Itu adalah takrif perkahwinan muta'a menurut jumhur ulama.
Perkahwinan ini hanya dibolehkan pada masa peralihan jahiliyah kepada Islam, ketika zina menjadi perkara yang biasa dalam masyarakat. Bagi mazhab Sunni, perkahwinan ini adalah tidak sah dan tidak dibolehkan.

Pandangan Mazhab Sunni dan Mazhab Syiah
Walau bagaimanapun, ia dinyatakan sebagai haram oleh pihak ahli Sunnah wal-Jamaah. Bab ini yang paling diperdebatkan dalam bidang fiqh; ahli Sunnah dan Syiah masing-masing memegang pendapat yang berbeza tentang keizinan untuk perkahwinan ini. Mut’ah dalam Syiah lebih banyak berpunca dari ajaran Majusi yang mengajarkan fahaman "seks bebas" di kalangan penganut-penganutnya. Walau bagaimanapun, Syiah meriwayatkan bahawa Imam Ar Ridha (Imam yang ke-8 Syiah) menyatakan bahawa Mut’ah itu tidak halal kecuali kepada orang yang mengertinya iaitu haram kepada orang yang jahil tentangnya. 


Artikel berkaitan syiah :



No comments:

Post a Comment