Monday 2 December 2013

TERKINI !!! GAMBAR DAN KRONOLOGI TRAGEDI PEMBUNUHAN 3 BERADIK DI ALOR SETAR

GAMBAR TRAGEDI PEMBUNUHAN 3 BERADIK DI ALOR SETAR

Tragedi pembunuhan, 3 beradik mati terbunuh. Identiti dan gambar 3 beradik dibunuh di Alor Setar Kedah. Tragedi pembunuhan ini melibatkan tiga orang adik beradik dan telah menggemparkan sejurus mayat mereka ditemui di dua kawasan yang berasingan di alor setar


Menurut pihak polis, kematian tiga beradik dari Jalan Datuk Kumbar dipercayai akibat dibunuh. Mayat Noor Syafikah Nadia, 14, ditemui oleh orang awam di kawasan bendang di Alor Senibong kira-kira 12 kilometer dari Alor Semela pada jam 3.45 petang Sabtu 30 Disember 2013. Manakala, dua daripada mayat adik-beradik itu iaitu Nur Izzati Husna Rusdi, 12, dan adiknya Puteri Nurul Akma, 3 tahun, ditemui beberapa pemancing ikan di gigi air sungai di Kampung Padang Tani, dekat Alor Semela kira-kira pukul 4 petang Ahad 1 Disember 2013. Ketiga adik-beradik ini juga telah dilaporkan hilang sejak 29 November 2013 setelah keluar dari rumah mereka dengan menaiki motosikal kira-kira pukul 7.30 malam ke rumah rakan Noor Syafikah Nadi di Kampung Gelam.

Gambar Pembunuhan 3 Beradik







Kronologi Kisah Kematian 3 Beradik Di Kedah

29 November 2013: Tiga beradik itu dikatakan keluar dari rumah mereka dengan menaiki motosikal kira-kira pukul 7.30 malam ke rumah rakan Noor Syafikah Nadi di Kampung Gelam yang berhampiran. Laporan polis telah dibuat oleh keluarga mangsa susulan tiga beradik tersebut gagal pulang ke rumah.

30 November 2013: Mayat Noor Syafikah Nadia, 14, ditemui oleh orang awam di kawasan bendang di Alor Senibong kira-kira 12 kilometer dari Alor Semela. Polis sahkan bahawa Noor Syafikah Nadia mati akibat dibunuh dan bukannya dirogol kerana hasil bedah siasat tidak menemui kesan rogol keatas mangsa.

1 Disember 2013: Mayat Nur Izzati Husna Rusdi, 12, dan adiknya Puteri Nurul Akma, 3 tahun, ditemui beberapa pemancing ikan di gigi air sungai di Kampung Padang Tani, dekat Alor Semela kira-kira pukul 4 petang.

2 Disember 2013: Polis Kedah sedang mencari teman lelaki kepada salah seorang daripada tiga kanak-kanak perempuan yang ditemui mati untuk membantu siasatan. Teman lelaki kepada Norsyafika Nadia Rosdi, 14, dipercayai berada di Perlis dan polis akan menjejaki lelaki berkenaan bagi membantu siasatan menyelesaikan kes berkenaan.

Laporan Akhbar Metro :
Alor Setar: “Saya ada tiga anak saja, kini ketiga-tiga mereka sudah pergi meninggalkan saya serentak. Ini dugaan paling hebat yang perlu saya tempuhi.”
Itu rintihan Rusdi Rani, 38, bapa kepada tiga beradik yang ditemui maut dalam keadaan menyayat hati di dua lokasi berasingan dekat sini, semalam dan kelmarin selepas dilaporkan hilang sejak keluar rumah dengan menaiki motosikal petang Jumaat lalu.
Mayat anak sulung Rusdi, Norsyafika Nadia, 14, dijumpai tertiarap dalam keadaan separuh bogel pada jam 3.45 petang, kelmarin di kawasan sawah padi berhampiran Alor Senibong, di sini oleh orang awam.

Ketika Rusdi berdoa dan berharap dua lagi anaknya yang ketika itu gagal dikesan berada dalam keadaan selamat, dia menerima berita duka apabila polis petang semalam memaklumkan penemuan dua beradik itu.

2 comments:

  1. SALAM TAKZIAH UTK AHLI WARIS......PEMBUNUH MSTI CPT2 DICARI...TRGAMAK MMBUNUH ANK2 YG MSH KECIL.....TAK INGAT TUHAN KE....X ADE AGAME KE....MANA NILAI KEMANUSIAAN SKRG.....MANUSIA IBARAT SAMPAH...BOLE DIBUANG SESUKA HATI....BENAR2 PILU, SEDIH DGN KJDN INI..

    ReplyDelete
  2. Kalau aku dapat pembunuh tu, teruk aku kerja kan... bodoh, tk da otak, celaka, bangang, aku dah nak mencarut dah ni...geram betul aku, Doakan semoga roh ketiga beradik tu di tempatkan dgn org2 yg beriman.

    ReplyDelete