GAMBAR TRAGEDI PEMBUNUHAN 3 BERADIK DI ALOR SETAR
Tragedi pembunuhan, 3 beradik mati terbunuh. Identiti dan gambar 3 beradik dibunuh di Alor Setar Kedah. Tragedi pembunuhan ini melibatkan tiga orang adik beradik dan telah menggemparkan sejurus mayat mereka ditemui di dua kawasan yang berasingan di alor setar.
Menurut pihak polis, kematian tiga beradik dari Jalan Datuk Kumbar dipercayai akibat dibunuh. Mayat Noor Syafikah Nadia, 14, ditemui oleh orang awam di kawasan bendang di Alor Senibong kira-kira 12 kilometer dari Alor Semela pada jam 3.45 petang Sabtu 30 Disember 2013. Manakala, dua daripada mayat adik-beradik itu iaitu Nur Izzati Husna Rusdi, 12, dan adiknya Puteri Nurul Akma, 3 tahun, ditemui beberapa pemancing ikan di gigi air sungai di Kampung Padang Tani, dekat Alor Semela kira-kira pukul 4 petang Ahad 1 Disember 2013. Ketiga adik-beradik ini juga telah dilaporkan hilang sejak 29 November 2013 setelah keluar dari rumah mereka dengan menaiki motosikal kira-kira pukul 7.30 malam ke rumah rakan Noor Syafikah Nadi di Kampung Gelam.
