Saturday, 27 October 2012

HOT !!!!! SETIAP INDIVIDU KENA BACA

TIP MENJUAL RUMAH

HARIAN METRO BERTARIKH 14, MEI,2009.

Menjual rumah tidak semudah yang anda sangkakan. Ramai pemilik yang mengalami kerugian ribuan malah puluhan ribu ringgit hanya kerana tidak melakukan beberapa perkara asas.

Anda ingin menjual rumah? tapi tidak tahu bagaimana untuk bermula :

1) Tidak mahu membayar kos yang tinggi,
2) Tidak tahu harga jualan terbaik untuk keuntungan optimum
3) Tidak mahu mengambil masa yang lama
4) Tidak mahu melalui pelbagai perkara yang memeningkan kepala.

Agen Hartanah Berdaftar
Bagaimanapun anda tidak perlu risau sekiranya bercadang untuk menjual rumah, tidak kira samaada menjualnya sendiri atau melalui ejen hartanah. Walau apapun pilihan anda setiap satunya mempunyai kelebihan tersendiri tetapi yang penting anda harus mengetahui prosedur berkaitan yang betul dan sewajarnya.

Antara tip yang boleh digunakan untuk menjual rumah termasuklah cara menentukan harga terbaik , melantik ejen terbaik untuk anda, masa yang betul, melakukan perkara asas yang boleh meningkatkan harga jualan anda untuk keuntungan MAKSIMUM.

1. Prosedur yang betul dan menjimatkan untuk menjual sendiri.

Mengikut prosuder yang ditetapkan peminjam perlu mengemukakan permohonan untuk kelulusan menjual harta dan menyatakan cara penyelesaian hutang hendak dibuat.Sekiranya penyelesaian hutang secara sendiri, peminjam cuma perlu mengemukakan permohonan penyata baki hutang seperti biasa. Walau bagaimanapun sekiranya penyelesaian hutang membabitkan pihak ketiga (bank, pembeli), permohonan melalui peguam perlu dikemukakan. Disamping itu, peminjam juga perlu memohon untuk dua perkara;

i) memohon kelulusan untuk menjual rumah daripada Seksyen cagaran

ii)memohon baki hutang penjamin untuk tujuan penyelesaian kepada Seksyen Akuan, Unit Penyelenggaraan Pinjanan (Unit PP)

2. Prosedur yang betul melantik agen /perunding hartanah berpengalaman dan Profesional untuk menjual rumah anda Secara amnya seorang perunding hartanah mempunyai dua tanggungjawab iaitu; mencari pembeli atau penyewa bagi hartanah kepunyaan pelanggannya dan mencari hartanah yang sesuai bagi pelanggannya membeli atau menyewa.

Oleh itu, seorang perunding mempunyai dua jenis pelanggan – tuan punya Hartanah dan mereka yang mahu membeli atau menyewa hartanah.

Dibawah undang-undang seorang perunding hanya boleh menerima bayaran daripada satu pihak saja, sama ada tuan punya hartanah ataupun pembeli / penyewa. Bagaimanapun di Malaysia, kebiasaannya tuan punya hartanah yang membayar yuran professional ini, kecuali jika pembeli atau penyewa memberi kenyataan bertulis bahawa mereka akan membayar yuran itu.

Mereka ini mendapat lessen di bawah Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah 1981 untuk mengutip yuran professional dari menjual atau menyewakan hartanah bagi pihak tuan punyanya.

Untuk menjadi ahli professional ini, anda harus mengambil peperiksaan hartanah yang ditawarkan oleh Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah, menjalani khidmat latihan selama dua tahun dengan mana-mana ajen hartanah yang berdaftar dan lulus peperiksaan lisan.

3. Kelebihan serta kekurangan menjual sendiri dan melalui ajen hartanah.

Harga purata rumah biasa melebihi RM150,000. Jika melakukan sendiri mungkin harga yang ditawarkan boleh dipertikai pelanggan memandangkan anda tidak mempunyai pengetahuan atau selok belok jualan hartanah. Sebaliknya jika menggunakan khidmat ajen hartanah harga yang diletakkan keatas aset berkenaan adalah mengikut harga pasaran.

Lebih baik mempunyai perunding peribadi yang boleh memberi nasihat dan panduan dalam menetukan nilai rumah yang hendak dijual. Ia sebagai jaminan agar tidak tertipu nanti

INGAT PILIH LAH AGEN HARTANAH BERDAFTAR !!!!!!!

No comments:

Post a Comment