JANGAN NAK MUDAH TAPI MEMBEBANKAN DIRI
Ramai
pembeli yang sibuk mencari rumah bertanya samada sesebuah rumah boleh dijual
oleh beberapa ejen hartanah. Ada
juga pemilik rumah yang bertanya berkenaan hal ini.
Sesebuah
rumah dijual oleh beberapa ejen hartanah merupakan perkara biasa. Ini berlaku
kerana pemilik rumah melantik beberapa ejen hartanah bagi menguruskan jualan
rumah mereka. Bagi anda yang gemar mencari senarai rumah di internet seperti
mudah.my, iproperty, propertyguru dan sebagainya, pasti terjumpa beberapa iklan
bagi rumah yang sama. Lantikan ejen hartanah ini dinamakan ad-hoc
basis.
