Showing posts with label propetyguru. Show all posts
Showing posts with label propetyguru. Show all posts

Tuesday, 23 October 2012

HOT !!!! KENA TAHU SEBELUM MENDAPAT TEKANAN


JANGAN NAK MUDAH TAPI MEMBEBANKAN DIRI
Ramai pembeli yang sibuk mencari rumah bertanya samada sesebuah rumah boleh dijual oleh beberapa ejen hartanah. Ada juga pemilik rumah yang bertanya berkenaan hal ini.
Sesebuah rumah dijual oleh beberapa ejen hartanah merupakan perkara biasa. Ini berlaku kerana pemilik rumah melantik beberapa ejen hartanah bagi menguruskan jualan rumah mereka. Bagi anda yang gemar mencari senarai rumah di internet seperti mudah.my, iproperty, propertyguru dan sebagainya, pasti terjumpa beberapa iklan bagi rumah yang sama. Lantikan ejen hartanah ini dinamakan ad-hoc basis.