Sunday, 28 October 2012

SIBUK NAK CERITA PASAL RUMAH...KAU TAU TAK APA ITU RUMAH !!!!!!!!!!


KLAFIKASI KEDIAMAN

Tempat kediaman
Tempat kediaman ditakrifkan sebagai  struktur yang berasingan dan bebas yang  lazimnya digunakan untuk tempat tinggal. Takrifan bagi perkataan  berasingan  dan bebas adalah seperti berikut:

·         Berasingan
Struktur dianggap sebagai berasingan jika ia dikelilingi oleh dinding, pagar dan ditutupi      oleh bumbung.

·         Bebas
Struktur dikatakan bebas apabila ia mempunyai jalan masuk secara terus dari tangga       umum, tempat lalu lintas ataupun ruang lapang (iaitu penghuni boleh masuk atau keluar           dari tempat kediaman mereka tanpa melalui perkarangan orang lain).


Huraian mengenai jenis2 rumah dan klafikasinya

Rumah sesebuah
Rumah berasingan yang tidak berkongsi dinding dengan rumah lain.

Rumah berkembar
Dua buah rumah berasingan tetapi berkongsi dinding yang sama dan  mempunyai pintu masuk berasingan.

Rumah teres/berangkai
Rumah berasingan yang dibina secara berbaris tetapi berkongsi dinding dengan rumah di sebelahnya sama ada di sebelah kiri atau kanan atau kedua-duanya sekali. Ia mengandungi sekurang-kurangnya tiga unit rumah dan lebih.

Rumah berkelompok
Rumah berasingan yang berkongsi dinding yang sama dengan rumah di sebelahnya dan bercantum (berkongsi dinding) di bahagian belakang dengan rumah di belakangnya.

Rumah bandar
Struktur rumah bandar adalah sama seperti rumah teres dua tingkat yang bersambung secara menegak atau melintang antara satu sama lain dalam satu bangunan. Cuma perbezaannya ialah setiap tingkat diduduki oleh penghuni yang berlainan dan mempunyai pintu masuk yang berasingan.

Rumah kedai/pejabat
Bangunan bertingkat yang dibina di kawasan komersial dan pada kebiasaannya didirikan dua tingkat dan lebih untuk tujuan aktiviti perniagaan seperti bilik pameran perniagaan, institusi kewangan, pusat pendidikan, pejabat korporat, pusat hiburan dan restoran. Aktiviti perniagaan lazimnya dijalankan di tingkat bawah manakala di tingkat atas pula dijadikan sebagai tempat kediaman.  Secara am,  ia  berkongsi  jalan masuk ke tingkat atas sama ada melalui tangga atau lif. Namun begitu, terdapat juga rumah sesebuah satu tingkat yang diubah suai untuk tujuan perniagaan. Bagi kes sebegini, ruang-ruang yang digunakan untuk tempat tinggal pada kebiasaannya diasingkan daripada ruang perniagaan oleh suatu bentuk pembahagi atau dinding.

Rumah pangsa
Bangunan bertingkat yang mengandungi beberapa unit rumah yang berasingan. Kemudahan asas yang disediakan oleh pihak pemaju/pengurusan termasuklah tempat letak kereta terbuka, pembuangan sampah dan lif. Secara umum, rumah pangsa dikelaskan sebagai rumah mampu milik.

Apartmen
Bangunan bertingkat yang mengandungi beberapa unit rumah yang berasingan. Kemudahan yang disediakan oleh pihak pemaju / pengurusan adalah lebih baik berbanding rumah pangsa. Antara kemudahan yang disediakan ialah surau, tempat letak kereta berbumbung / tidak berbumbung, tempat rekreasi, padang permainan, lif, perkhidmatan keselamatan dan dikelilingi pagar.

Kondominium
Bangunan bertingkat yangdianggap hartanah mewah dan eksklusif. Kemudahan dan  perkhidmatan yang disediakan oleh pihak pemaju / pengurusan adalah lebih baik daripada apartmen. Antara kemudahan tersebut ialah tempat letak  kereta  khusus  untuk  setiap  pemilik, kolam renang, gimnasium, tempat cucian pakaian, lif, kawasan berpagar dan perkhidmatan sistem keselamatan yang lebih ketat.

Rumah panjang (Sabah dan Sarawak sahaja)
Rumah yang dibina secara berbaris dan berkongsi koridor di bahagian hadapan. Pada kebiasaannya, ia terdapat di kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak. Rumah panjang yang terdapat di Semenanjung Malaysia tidak termasuk dalam kategori ini. Ia perlu dikategorikan sebagai rumah teres.

Pondok gantian / sementara
Kategori ini adalah bagi tempat kediaman yang pada amnya dianggap sementara dan tidak begitu sesuai untuk dijadikan sebagai tempat kediaman. Pada kebiasaannya, ia dibina daripada bahan-bahan buangan seperti papan, papan lapis, zink dan lain-lain.

Bilik (mempunyai akses terus dari luar)
Bilik di dalam atau bersambung kepada sesuatu struktur dan mempunyai jalan terus dari luar, misalnya, bilik di dalam/ bersambung kepada rumah, rumah kedai, pejabat, kilang, loji dan sebagainya.

*  Kod ini telah dipersetujui dan diterima pakai dalam Mesyuarat Inter-Agency Technical
Committee Bil. 4/2007 bertarikh 5 Disember 2007

No comments:

Post a Comment