Sunday, 20 January 2013

HOT !!! BAYI DALAM KANDUNGAN IBU


Perkembangan Bayi Dalam Kandungan Ibu


Kini setelah anda mendapat berita gembira yang anda sedang hamil, tentu ada banyak perkara yang anda ingin tahu mengenai proses terjadinya bayi anda. Oleh yang demikian, admin ingin berkongsi serba sedikit mengenai apa yang berlaku dalam perot ibu seperti perkembangan bayi dalam kandungan ibu dari proses persenyawaan, bulan pertama-1, bulan kedua-2, bulan ketiga-3, bulan keempat-4, bulan kelima-5, bulan keenam-6, bulan ketujuh-7, bulan kelapan-8 dan bulan kesembilan-9. Di bawah artikel ini admin ada sertakan tanda untuk mengesan jantina bayi. Bagi mengetahui perkembangan dalam minggu, maaf admin tidak arif.



Setiap wanita hamil pasti ingin tahu bagaimanakah perkembangan bayi mereka ketika ini. Proses seperti berikut:

Proses Persenyawaan

Telur hanya bertahan sehari selepas dikeluarkan daripada ovari. Walaupun begitu, selagi sperma masih hidup di dalam tiub fallopio, ia berupaya untuk bersenyawa dengan telur. Tambahan pula, sperma boleh bertahan di dalam tiub fallopio untuk tempoh beberapa hari.




Apabila telur melalui tiub, sperma mempunyai reseptor yang membolehkannya menghidu telur yang dipercayai berbau manis. Ketika inilah, sperma akan menjadi aktif dengan berusaha gigih mengelupas lapisan protein telur. Tindakan agresif dan kehilangan protein membolehkan sperma melekap pada telur. Proses ini dikenali sebagai capacitation. Setelah itu, sperma mempunyai beberapa jam untuk kekal hidup dan hanya sedikit sperma akan terus berada hampir dengan telur.

Sebaik kepala sperma berjaya menembusi lapisan luar telur, terdapat enzim yang membenarkannya melepasi halangan pertama itu dan ketahuilah hanya satu sperma boleh menembusi telur. Jadi, protein pelindung telur akan menghalang sperma-sperma lain untuk masuk. Pada saat inilah, bermulanya titik awak proses persenyawaan. Ketika ini juga, muatan DNA dihantar apabila sperma diserap oleh telur dan pada masa yang sama genetik bayi anda ditetapkan.

 

Bulan Pertama

Telur yang disenyawakan dinamakan sebagai zigot. Maklumat yang dikodkan dalam kumpulan DNA telur dan sperma akan “memandu” zigot bagi meneruskan perkembangannya menjadi embrio. Dalam tempoh 24 jam selepas pembentukan, zigot akan memulakan proses pembahagian sel yang menjadi asas pertumbuhan sel lainnya.

Sebelum itu, ia akan berkembang menjadi sel berkelompok yang kemudiannya menjadi struktur berongga (blastocyst).
Sel-sel di dalam struktur ini akan berubah menjadi embrio manakala dinding luarnya bertindak sebagai plasenta. Ia turut mengandungi nutrisi yang bakal diperlukan fetus.

Zigot kemudiannya mengambil masa empat hari untuk berpindah ke rahim. Setelah sampai ke rahim sel akan “menetas” dan bersedia untuk berhubungan langsung dengan endometrium. Apabila hal ini berlaku, kedua-duanya akan bertukar-tukar hormon dengan membenarkan blastocyst untuk melekat pada dinding rahim. Proses ini dikenali sebagai implantasi. Anda mungkin mengalami pendarahan ringan sepanjang proses ini walaupun ia sepatutnya berlangsung dalam tempoh 48 jam.

Setelah proses itu, serviks akan ditutup dengan mukus. Memandangkan zigot kini selamat, kehamilan anda akan melalui langkah seterusnya. Pada tahap ini, sesetengah sel zigot membentuk plasenta manakala yang lainnya menjadi embrio.

Tiga minggu 

Berlalu, sel saraf pertama akan terbentuk. Dalam minggu-minggu dan bulan berikutnya, pertumbuhan sel akan terus berlaku membentuk sel-sel khusus dan berbeza antara satu sama lain. Menariknya, jika fetus ialah perempuan, ia akan pantas membangunkan berjuta-juta telur tidak matang menjadi dewasa.
Bulan Kedua

Ketika ini, saiz bayi anda kira-kira sebesar sebiji kacang merah dan dia sentiasa bergerak. Jari-jari tangannya telah terbentuk tetapi sedikit berselaput.

Bulan Ketiga

Ketika ini, kepanjangan bayi anda sekitar 7sm hingga 8sm (3in) dan beratnya lebih kurang setengah biji pisang. Dia sudah mempunyai cap jarinya.

Bulan Keempat

Bayi anda sekarang berukur 13sm (5.5in) dan berat badannya 140g (5oz). Rangkanya mula mengeras dari tulang rawan yang lembut menjadi tulang.

Bulan Kelima

Kening dan kelopak matanya telah siap dibentuk. Ukuran bayi anda akan melebihi 27sm (10.5in) jika anda meregangkan kakinya.

Bulan Keenam

Berat badan bayi anda sekitar 660g (1.5 paun). Kulitnya yang berkedut mula menjadi lembut dan licin bila ditempatkan lemak.

Bulan Ketujuh

Pada masa kini, ukuran panjang bayi anda melebihi 40sm (15in). Dia boleh membuka dan menutup matanya dan mungkin melihat sekitarannya.

Bulan Kelapan

Berat badan bayi anda sekarang sekitar 2.2kg (4.7 paun). Lapisan lemaknya bagai "mengisikannya", menjadikan bayi anda kelihatan comel montel, dan paru-parunya sudah siap berkembang.

Bulan Kesembilan

Sudah hampir masa bersalin! Secara purata, bayi lelaki yang baru lahir berukur 52sm (20.5in) dengan berat badan 3.4kg (7.5 paun), dan bayi perempuan yang baru lahir berukur 50sm (19.7in) dengan berat badan 3.2kg (7 paun), tetapi bayi-bayi memang banyak perbezaannya pada masa ini.




Tanda Anda Akan mendapat Bayi Lelaki

Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung
Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali seminit
Anda rasakan beban berat pada bahagian hadapan tubuh
Perut anda kelihatan bulat sempurna
Bahagian aerola (daerah hitam disekitar puting) akan menjadi lebih gelap
Bentuk perut condong ke arah bawah
Sukakan makanan yang masam dan masin
Suka makan daging dan keju
Tapak kaki selalu berasa sejuk
Tangan selalu kekeringan
Suka menghadapkan wajah kearah utara semasa tidur
Bukan hanya anda, tetapi suami juga mengalami pertambahan berat badan
Anda akan kelihatan lebih berseri semasa hamil
Hidung tampak lebih mekar
Selalu sakit kepala

Tanda Anda Akan mendapat Bayi Perempuan

Mengalami Morning sickness di awal kehamilan
Merasakan beban berat pada bahagian punggung dan pinggul
Payudara kiri lebih besar berbanding kanan
Rambut anda berwarna agak kemerahan berbanding sebelumnya
Bentuk perut condong ke arah atas
Perut tampak agak lonjong
Mengidam makanan manis
Sukakan buah-buahan
Suka minum air atau jus yang bersifat masam
Anda jadi lebih cerewet semasa hamil
Mudah moody berbanding sebelumnya
Kulit wajah mudah bermasalah berbanding sebelum hamil
Tidak suka makan roti bersama kulitnya
Payudara kelihatan mengembang
Suka menghadap muka kearah selatan semasa tidur


Admin harap perkongsian ini dapat memberi manfaat pada golongan wanita yang bakal menimbang cahaya mata. Perkembangan Bayi Dalam Kandungan Ibu, tentu ada banyak perkara yang anda ingin tahu mengenai proses terjadinya bayi anda. Oleh yang demikian, admin ingin berkongsi serba sedikit mengenai apa yang berlaku dalam perot ibu seperti perkembangan bayi dalam kandungan ibu dari proses persenyawaan, bulan pertama-1, bulan kedua-2, bulan ketiga-3, bulan keempat-4, bulan kelima-5, bulan keenam-6, bulan ketujuh-7, bulan kelapan-8 dan bulan kesembilan-9. Bagi mengetahui perkembangan dalam minggu, maaf admin tidak arif. Serta tanda untuk mengesan jantina bayi.

No comments:

Post a Comment