(ISLAM) NIAT &
CARA MANDI WAJIB / JUNUB YANG SAH
Cara mandi wajib yang sah masih sering
menjadi persoalan di kalangan umat Islam antaranya, remaja yang baru
baligh, perempuan yang datang haid, lelaki yang keluar air mani, wanita yang
keluar darah nifas, suami isteri yang bersetubuh (jimak) dan sebagainya.
Sini saya akan
ceritakan beberapa perkara mengenai mandi wajib :
Sebab anda perlu Mandi Wajib
Rukun Mandi Wajib
Jenis Niat Mandi Wajib
Sunat Ketika Mandi Wajib
Cara-cara Mandi Wajib
Maklumat
detail baca dibawah :
Sebab anda perlu Mandi Wajib
Bertemu dia khitan atau
bersetubuh (masuknya zakar sehingga terbenam kepalanya ke dalam faraj).
Keluar mani walaupun sedikit.
Mati melainkan mati syahid.
Keluar haid bagi perempuan.
Keluar nifas (darah yang
keluar mengiringi bayi ketika perempuan bersalin).
Wiladah atau melahirkan anak.
Rukun Mandi
Wajib
(cukup 3 rukun
ini, mandi wajib anda Sah)
Niat
Menghilangkan najis di badan
sama ada yang jelas (‘ayni) atau tidak jelas (hukmi)
Menyampaikan air ke seluruh
anggota badan dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.
Jenis Niat
Mandi Wajib
Keluar mani atau keluar haid
dan nifas
“Sahaja aku
mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”.
“Sahaja aku mandi
daripada haid kerana Allah Taala”.
Mandi disebabkan bersetubuh antara
suami dan isteri
“Sahaja aku mandi
junub kerana Allah Taala”.
Mandi disebabkan keluarnya
darah nifas
“Sahaja aku mandi
daripada nifas kerana Allah Taala”
Niat Arabnya :
Sunat Ketika Mandi Wajib
Mengadap kiblat
Membaca basmalah
Membasuh dua tapak
tangan
Mengambil wuduk
terlebih dahulu sebelum mandi
Menggosok seluruh
anggota badan dengan tangan
Berturut-turut
(muwalat) tanpa putus-putus
Tertib dengan
mendahulukan perkara yang perlu didahulukan
membasuh sebanyak
tiga kali
Cara-cara
Mandi Wajib
Bersihkan tubuh dan
hilangkan kotoran dan perkara-perkara yang boleh menghalangkan air sampai ke
anggota badan semasa mandi hadas selepas ini.
Setelah selesai mandi
biasa, di sunatkan mengambil wuduk dahulu sehingga membasuh telinga sahaja dan
tidak perlu membasuh kaki lagi. basuhan kaki akan dilakukan akhir mandi nanti.
Perkara ini tidak dilakukan pun tidak mengapa kerana ia merupakan perkara sunat
sahaja.
Duduk bertinggung
bagi yang berkemampuan. Ini bertujuan untuk membuka semua anggota yang zahir
dan mudah untuk mengalirkan air ke kawasan-kawasan sulit tersebut seperti qubul
atau dubur. Kalau berdiri pun tidak menjadi masalah, yang paling penting ialah
air dapat sampai kepada semua bahagian anggota badan.
Niat dahulu sebelum
mandi (Lihat dalam bahagian Fardhu Mandi di atas). Bagi sesiapa yang tidak pandai dalam bahasa arab boleh dalam bahasa
melayu.
Sunat memulakan
mandian disebelah kanan dahulu dan seterusnya disebelah kiri.
Mulakan mandi wajib
dengan mengalirkan air mutlak di salah satu anggota badan dan disertakan dengan
niat mandi hadas sepertimana dinyatakan di bahagian fardhu mandi.
Gosot atau sapu di
semua anggota badan yang zahir iaitu dirambut, kepala, telingga, hidung, mata,
mulut, tengkok, ketiak, tangan, jari, kuku, badan, pusat, qubul, dubur, kaki,
pelipat-pelipat kaki dan tangan, kuku kaki, jari kaki dan sebagainya. Ini
bertujuan untuk menyampaikan air di seluruh anggota badan.
Akhir sekali basuh
kaki sebagai penyudahnya, kerana semasa mengambil wuduk tadi kita tidak
membasuh kaki.
NOTA : ADA
YANG PERLU DITAMBAH / SILAP TOLONG BG TAU YA…
No comments:
Post a Comment