BL1M BORANG PERMOHONAN ONLINE 2013
BL1M (BANTUAN LESEN 1 MALAYSIA) diilhamkan oleh SHEB (Sekretariat Hal Ehwal Bandar) pada awal tahun 2012 dan telah memulakan program perintisnya pada 6hb April 2012 dan tamat pada 6hb September 2012 di PEKAN PAHANG bersama KELAB KAWAN. Permohonan boleh dilakukan secara online – Borang Permohanan BL1M Online 2013. Selain itu, terdapat beberapa syarat yang dikenakan bagi pemohon yang ingin memohon (seperti lampiran dibawah). Bagi memudahkan, admin menyediakan perkhidmatan link untuk borang permohonan, syarat-syarat permohonan serta daftar online.
Dalam program
perintis ini, kami mendapati banyak isu-isu berhubung dengan lesen dan
berpendapat bahawa ada baiknya jika program ini dapat dilaksanakan di seluruh
negara.
Program ini
telah diberi pengiktirafan sebagai Program Nasional yang akan dilaksanakan
apabila ianya diumumkan oleh YB. Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda UMNO MALAYSIA
semasa Perhimpunan Agung UMNO 2012.
Kajian SHEB
mendapati dalam tempoh 10 tahun lebih 200,000 orang telah didapati bersalah
memandu tanpa lesen. Angka ini dalam realiti lebih besar memandangkan
masyarakat memandang remeh dalam konteks ini serta kurang kesedaran bahaya
menunggang tanpa lesen.
FAKTA BL1M
•Hanya untuk
Lesen B2 tunggal.
•Disasarkan
kepada 500 ribu warganegara Malaysia
•Terbuka kepada
rakyat yg tidak mempunyai sebarang lesen memandu dari umur 17-40
•Dijalankan di
semua kawasan parlimen seluruh negara.
•Peserta akan
menjalani kursus yg telah ditetapkan oleh JPJ. Tiada jalan pintas.
•Akan berjalan
serentak setelah dirasmikan
•Berpeluang
menduduki ujian berkomputer bahagian 1 sehingga 3 kali
Dengan ada nya maklumat sebegini, ia dapat memudahkan segala urusan dari segi Daftar Online BL1M 2013, Borang Permohonan BR1M Online 2013 dan Syarat-syarat Permohonan.
No comments:
Post a Comment