Showing posts with label wajib. Show all posts
Showing posts with label wajib. Show all posts

Thursday, 12 December 2013

WAJIB BACA !!! DOA TOLAK ATAU BERLINDUNG DARI FITNAH DAJJAL

DOA TOLAK ATAU BERLINDUNG DARI FITNAH DAJJAL


Doa tolak atau berlindung dari fitnah dajjal. Seperti mana amaran yang telah diberi oleh Rasullah s.a.w mengenai dajjal. Sebagai umat islam, kita wajib mengamal doa ini bagi menolak atau berlindung daripada fitnah dajjal yang akan merosakkan muka bumi dengan kejahatan nya. Terutamanya bagi golongan yang rendah ilmu dan imannya.

Kewajipan untuk berlindung dari fitnah Dajjal merupakan perkara yang amat penting buat kita. Kerana dalam sebegitu banyak hadith-hadith kita telah di diberi beberapa ‘amaran’ oleh Rasulullah SAW tentang bahayanya Dajjal. Sebab itu dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w bersabda :

Monday, 11 February 2013

HOT !!! KESAN SIKAP BURUK SANGKA

5 KESAN BURUK SANGKA

Buruk sangka merupakan satu masalah bg sesetengah individu. ia termasuklah dalam hubungan ataupun sikap yang ada dlm diri seseorang.
Kita selalu menyangka bahawa kasih sayang sesama manusia hanya akan lahir apabila mereka saling mengenali dan mempunyai tautan hati. Kita lupa bahawa sebagai makhluk Allah SWT yang bergelar manusia, kita sebenarnya berkasih sayang apabila mempunyai sifat belas kasihan dan saling melindungi antara satu sama lain.

Sayang sekali sekiranya kita tidak mampu berkasih sayang dan saling mengingatkan antara satu sama lain, apatah lagi sekiranya berkongsi akidah yang sama. Tanpa kasih sayang, kita akan selalu berprasangka buruk terhadap orang lain, sedangkan sebagai umat Rasulullah SAW, kita sepatutnya saling melindungi dan memperbetulkan kesilapan masing-masing dengan penuh hemah dan adab.


Jom kenali kesan-kesan dari sikap buruk sangka :

1. Hati kita akan dipenuhi kebencian, dendam dan titik-titik hitam yang susah nak dibersihkan.

Bila kita selalu melemparkan kritikan-kritikan negatif pada orang lain pada situasi, perkara atau benda, kita sebenarnya melatih diri untuk berakhlak buruk. Pada kita, itu normal. Pada orang lain, itu tidak nampak normal. Menyusahkan.

Bila kita berakhlak buruk  kawan-kawan akan menjauh, ahli keluarga tak suka, adik-beradik kurang senang tiap kali kita ada.