Tuesday 5 March 2013

BERITA TERKINI !!! KRONOLOGI PERANG TERHADAP PENCEROBOH DI LAHAD DATU

KAMPUNG TANDUO DI ISTYTIHAR ZON PERANG


LAHAD DATU: Empat kilometer persegi di Kampung Tanduo, dekat sini, diisytiharkan sebagai zon pertempuran atau perang selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggempur pengganas di kawasan itu, kira-kira 7 awal pagi ini. Inilah jalan yang telah dipilih oleh pengikut Sultan Kiram. Di siniadmin ada menyediakan kronologi gempur oleh Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.



Sementara itu, 10 kilometer persegi pula berada dalam kawalan pasukan keselamatan dan laluan masuk ke kampung terbabit turut ditutup bagi menjamin keselamatan orang awam. 


Serangan yang dilancarkan itu dipercayai menggunakan dua jet pejuang F18 dan empat jet Hawk bagi menumpaskan pengganas yang sudah berkampung di kawasan berkenaan sejak12 Februari lalu. 


Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, serangan itu dilancarkan selepas pengganas enggan menyerah diri walaupun diberi peluang berbuat demikian sebelum ini.
"Pengganas tidak mahu menyerah diri seperti yang kita minta menyebabkan tindakan terpaksa diambil untuk menjaga keselamatan negara terutama keamanan di Sabah.
"Kawasan operasi serangan juga tertumpu di empat kilometer persegi Kampung Tanduo sementara 10 kilometer persegi berada dalam kawalan pasukan keselamatan," katanya kepada pemberita pada sidang media Ops Sulu, hari ini. 

Ismail berkata, sebelum serangan itu, pihaknya sudah melakukan pemeriksaan dan penggeledahan di semua rumah penduduk sebelum serangan dilakukan bagi memastikan tiada orang awam ketika serangan. 

"Ketika serangan itu, kita juga mendapat tentangan daripada pengganas yang melepaskan tembakan. Sehingga ini, kita tidak dapat sahkan jumlah kematian dan yang tercedera di pihak musuh," katanya. 

Beliau berkata, dalam serangan itu pasukan keselamatan juga tiada yang kehilangan nyawa dan serangan ke atas pengganas masih berterusan.

Kronologi

7.00 pagi: Jet pejuang mula menggempur Kampung Tanduo dengan menggunakan sekurang-kurangnya empat bom dari udara. 

7.30 pagi: Dua helikopter Nuri kelihatan menuju ke arah Felda Sahabat 17.

9.00 pagi: Polis melakukan sekatan jalan raya di semua laluan masuk dalam lingkungan kira-kira 30 kilometer dari Kampung Tanduo.

9.15 pagi: Beberapa ambulans dari Hospital Lahad Datu dilihat menuju ke arah Felda Sahabat 17
Ini merupakan kronologi awal yang dapat dikongsikan selepas kawasan tersebut diisytihar zon pertempuran. Insyallah admin akan update berita dari semasa ke semasa mengenai pencerobohan di Lahad Datu oleh pengikut Sultan Kiram.

2 comments: