Tuesday, 20 November 2012

HOT !!! LELAKI O LELAKI..TERKULAI LAYU DI UJUNG TANDUK


TANDA-TANDA MATI PUCUK

Tidak dinafikan, masalah mati pucuk sangat ditakuti lelaki. Mati pucuk bererti lelaki itu tidak mampu mencapai ereksi mencukupi dan kekal untuk memasukkannya ke dalam faraj pasangan. Yang pasti, ia tamparan hebat buat lelaki dan membuatkannya hilang kejantanan. Percaya atau tidak, ini yang berada dalam kepala setiap lelaki.


Lelaki yang mati pucuk ada perasaan dan nafsu syahwat. Mereka rasa tertekan kerana tidak dapat melakukan perkara menyeronokkan dan tidak hairan jika mereka mengalami perubahan mood dan tingkah laku negatif.

Terdapat 4 jenis mati pucuk dan di senaraikan di bawah ini bagi menambah pengetahuan anda. 

Sila AMBIL PERHATIAN sekiranya ANDA mengalami :
Pastikan anda tidak tergolong dalam masalah di bawah kerana ia bakal mengoyahkan rumahtanga anda. Pulihkan ia sebelum terlambat.

A. Zakar langsung tidak mampu menegang. Ia adalah jenis mati pucuk yang gawat dan biasanya berlaku pada kadar 1 dalam 100 lelaki. Ia mati pucuk yang paling di takuti lelaki.

B. Zakar lembik dan tidak berupaya senggama. Air Mani keluar sebelum senggama. Ia adalah jenis mati pucuk yang mendukacitakan. Ia biasa di ubati dan mungkin boleh berpunca dari amalan pemakanan serta kesan psikologi dan penyakit tua.

C. Zakar tegang tetapi tidak boleh memancutkan mani. Ia juga termasuk mati pucuk, bukan tanda lelaki itu kuat tenaga batin. Lelaki terpaksa berhenti senggama kerana keletihan dan kejerihan.

D. Zakar yang tidak tegang seperti biasa. Ia juga adalah jenis mati pucuk. Ada yang mengelarnya sebagai lemah syahwat atau lemah tenaga batin. Jenis ini akan di hadapi oleh semua lelaki.

Ini pula tanda-tanda awal Lemah tenaga batin, ketika melakukan persetubuhan ialah :

1. Lambat mencapai ketegangan zakar setelah rangsangan seksual.

2. Ereksi yang tidak betul-betul keras [tegar] kerana tekanan pembuluh zakar kurang dari 6PSI – gagal membuat tusukan ke dalam faraj.

3. Inzal atau ejakulasi pra-matang dan cepat layu serta tak mampu bangun kembali atau mengambil masa yang lama untuk mencapai ereksi selepas ejakulasi pertama

4. Gagal mencapai ereksi yang mampat untuk meneruskan persetubuhan sehingga pasangan mencapai klimaks

5. Air mani cair, keluar meleleh dan tidak memancut dengan kuat

6. Kencing yang tidak tus, tidak puas dan menyimpan sisa

7. zakar yang tidak mengalami ereksi ketika hampir waktu subuh atau dalam istilah perubatan disebut Penile Nocturnal Tumescence

8. Tidak berdaya untuk menyempurnakan jimak dalam suatu tempoh yang diperlukan untuk memberi orgasm kepada pasangan seks

9. Kelemahan seksual Lelaki adalah lebih ketara di kalangan perokok, pengidap diabetes, pesakit jantung, tekanan darah tinggi dan individu yang mengalami stress.

HIMPUNAN ARTIKEL WANITA CANTIK

No comments:

Post a Comment