Thursday, 22 November 2012

DIKEHENDAKI !!!! POLIS CARI 15 INDIVIDU


SEORANG WANITA ANTARA 15 INDIVIDU YANG DICARI
GEORGE TOWN – Seorang wanita antara 15 individu yang dicari bagi membantu siasatan berhubung kes samun bersenjata dan pecah rumah sekitar Timur Laut sejak awal tahun ini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, identiti mereka diperoleh selepas pihaknya menjalankan siasatan ke atas 12 laporan kes samun dan pecah rumah di lapan kawasan di sekitar Pulau Pinang.
“Jumlah kerugian dianggarkan mencecah RM300,000. Kesemua individu yang dicari itu berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun,” katanya pada sidang akhbar di sini.
Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kesemua individu tersebut menghubungi polis Timur Laut di talian  04-228 2222 bagi membantu siasatan.

No comments:

Post a Comment