PENCEROBOHAN TANAH PALASTINE BUKAN
KEBETULAN TAPI DIRANCANG
Sejak 3500 tahun Sebelum Masehi, Palestin telah
didiami oleh orang-orang Arab Palestin. Ia terletak berhampiran dengan Laut
Mediterranean di sebelah barat, Lubnan di utara, Syria
dan Jordan
di sebelah timur dan Laut Merah serta Semenanjung Sinai di sebelah selatan. Kedudukannya amat strategic
kerana ia terletak di tengah-tengah kawasan
telaga minyak yang paling kaya di dunia. Ia juga sebagai batu loncatan ke Benua Asia dan Afrika. Oleh itu banyak negara barat
mengidam-idam untuk menguasainya.
Kerana
sebab-sebab sejarah, bangsa Yahudi tinggal bertaburan di dunia khasnya di
Jerman, Amerika , Russia dan lain-lain. Kaum Zionis
sudah lama berangan-angan hendak mendirikan sebuah negara Yahudi agar semua
orang Yahudi di seluruh dunia menetap di situ. Palestin adalah negara yang
dipilihnya. Ini telah mendapat sokongan kuat daripada British kerana ia ingin
mempertahankan kedudukan imperialisnya di Timur Tengah serta mengawal Terusan
Suez. Manakala imperialis Amerika Syarikat juga ingin menguasai kawasan Timur
Tengah yang kaya dengan sumber alamnya. Demi mencapai kepentingan
masing-masing, British dan Amerika telah memberi
sokongan yang kuat dan saling bersubahat dalam komplotan mewujudkan negara
Zionis Israel .
Demi
mencapai niat jahatnya, kaum Zionis telah menggunakan bermacam-macam siasat
yang kejam dan lunak. Mula-mula ia cuba memperdaya orang ramai dengan
membuat propaganda-paropaganda konon orang Yahudi di seluruh dunia menderita
penindasan. Dengan itu ia cuba
mendapat simpati agar orang-orang Yahudi dibenarkan membentuk negara sendiri.
Untuk memaksa orang-orang Yahudi berpindah beramai-ramai ke Palestin, kaum
Zionis bahkan berkomplot dengan Kerajaan Czar Russia
dan Kerajaan Nazi Hitler di Jerman supaya melakukan pembunuhan beramai-ramai ke
atas orang-orang Yahudi di sana .
Misalnya, selepas Perjanjian Program Kishinev pada tahun 1903, 45 orang Yahudi
di Russia telah dibunuh. Selepas Perjanjian Haavara antara pertubuhan Zionis
Sedunia dengan Kerajaan Nazi Hitler di Jerman pada tahun 1933, penindasan ke
atas orang Yahudi di Jerman semakin diperhebat. Pembunuhan besar-besaran ke
atas orang Yahudi Dalam Perang Dunia Kedua oleh Nazi Hitler adalah sebahagian
daripada komplotan untuk memindahkan orang Yahudi ke Palestin.
Selepas
Perang Dunia Pertama iaitu pada tahun 1917, Britain telah mengisytiharkan apa
yang disebut Pengumuman Balfour yang membenarkan orang Yahudi bermastautin di
Palestin. Dan pada tahun 1922 pula, Palestin dikuasai oleh imperialis British. Dengan ini ia
membenarkan seramai 16,500 orang Yahudi masuk ke Palestin tiap-tiap tahun. Pada
tahun 1946, Jumlah penduduk Yahudi di Palestin meningkat menjadi 678,000 orang
manakala penduduk Arab Palestin 1,269,000 orang. Justeru dengan mendapat
tunjangan imperialis British, maka kaum zionis baru begitu berani menjangkaukan
kuku syaitannya ke dalam wilayah Palestin dan berani bertindak dengan sewenang-wenangnya
terhadap rakyat Palestin. Mereka bahkan telah menubuhkan sebuah organisasi
pengasas bernama “Haganah” yang bertugas mengusir rakyat Palestin serta
merampas tanah-tanah rakyat Arab yang sudah turun temurun bercucuk tanam di
situ. Ini telah mendatangkan malapetaka yang tak terhingga ke atas rakyat
Palestin.
Pada
bulan November 1947, Bangsa-bangsa Bersatu di bawah pengaruh Amerika Syarikat
dan British telah membahagikan Palestin menjadi dua – 42.88% tanah Palestin
diberika kepada Arab Palestin, manakala kira-kira 57% diserahka kepada kaum
Zionis. Pada bulan Mei 1948, kaum Zionis Yahudi pun mengisytiharkan penubuhan
negara Israel .
Tapi ini masih tidak memuaskan hatinya lagi. Demi mencapai ambisinya, mereka
terus menggunakan taktik keganasan dan kekerasan untuk mengusir penduduk Arab
dari Palestin serta memperluaskan wilayahnya dengan mencapluk wilayah Arab
Palestin.
Justeru
dengan cara-cara inilah, akhirnya penduduk Arab Palestin hanya tinggal 300,000
orang sahaja, manakala lebih daripada 2 juta lainnya
telah kehilangan tempat tinggal dan 80% tanah Palestin juga telah dirampas.
Meraka yang kehilangan tempat kediaman kebanyakannya menjadi pengungsi di
negara-negara lain, khasnya di khemah-khemah pelarian Jordan , Lubnan, Mesir dan
negara-negara Arab lainnya.
Inilah
latar belakang bagaimana kaum Zionis Israel selangkah demi selangkah
mencapluk negara Palestin. Pendek kata negara Israel didirikan di atas tulang belulang
rakyat Palestin dan rakyat Yahudi yang dipergunakan kaum Zionis dengan
kerjasama British dan Amerika Syarikat.
No comments:
Post a Comment