Jom Tambah Duit Secara Online

Tabung oo Tabung

KLIK SINI YE !!!

Wednesday, 11 December 2013

HOT !!! EMMA MAEMBONG BENAR BERTUDUNG ATAU TUJUAN PROMOSI DRAMA PMS

EMMA MAEMBONG BENAR BERTUDUNG ATAU TUJUAN PROMOSI DRAMA PMS

Emma Maembong atau nama sebenar Fatimah Rohani Ismail. Seorang pelakon wanita cantik di dalam drama PMS. Menimbulkan tanda tanya sama ada dia benar-benar sudah berhijab atau bertujuan mempromosikan drama PMS (Projek Memikat Suami) dan Yes Bos semata-mata. Emma Maembong bertudung atau tujuan promosi? Jom baca apa kenyataan awek cantik nie.


Kuala Lumpur: “Memang sudah lama saya tanam niat, tapi niat saja kalau tak buat tak guna juga. Sekarang saya dalam proses belajar-belajar untuk bertudung penuh. Tapi kena perlahan-lahanlah,” jelas pelakon Emma Maembong mengenai penampilan terbarunya yang dikhabarkan mula berhijab kebelakangan ini.

Emma atau nama sebenar Fatimah Rohani Ismail, 21, berkata, penampilan berhijab itu bertitik-tolak daripada pembabitannya menjayakan dua watak wanita bertudung dalam drama bersiri Projek Memikat Suami (PMS) dan Yes Boss! sejak dua bulan lalu.
“Sudah lama saya terdetik dalam hati. Kebetulan pula, sejak dua bulan saya terbabit dalam penggambaran drama yang memerlukan saya bawa watak wanita bertudung. Bila sudah hari-hari bertudung di lokasi, lama-kelamaan saya makin selesa. 
“Lagipun menutup aurat adalah tuntutan pada setiap wanita Muslim. Sama ada sekarang atau lambat-laun saya tetap akan bertudung juga,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Emma tampil dengan imej bertudung ketika muncul dalam program hiburan, MeleTop di Astro Ria malam kelmarin sehingga menimbulkan tanda tanya sama ada dia benar-benar sudah berhijab atau bertujuan mempromosikan drama PMS semata-mata.

2 comments:

Klik Tabung Ye...

Tabung oo Tabung

Kartikel Punye !!!