Showing posts with label imam 12 syiah. Show all posts
Showing posts with label imam 12 syiah. Show all posts

Monday, 9 December 2013

WAJIB BACA !!! PENERANGAN SIAPA IMAM 12 DALAM FAHAMAN ATAU MAZHAB SYIAH

PENERANGAN SIAPA IMAM 12 DALAM FAHAMAN  ATAU MAZHAB SYIAH

12 imam Syiah? Dalam fahaman atau mazhab syiah, mereka mempercayai bahawa Allah SWT telah pun melantik 12 orang pemimpin atau Imam manusia sejagat. Mereka ini merupakan pewaris-pewaris Nabi Muhammad SAW. Perlantikan imam pertama, iaitu Imam Ali yang juga Khalifah Keempat Khulafa' Rasyidin diumumkan secara rasmi pada peristiwa Ghadir Khum dalam perjalanan pulang baginda ke Madinah selepas peristiwa Haji Wida'.




Mengikut Mazhab SyiahMalaikat Jibrail membawa Ayat yang dinamakan Ayat Tabligh atau Pengumuman yaitu Ayat 67 dari Surah 5 Al-Quran yang menyeru supaya pengistiharan dibuat. Pengistiharan yang dimaksudkan, mengikut pandangan Syaih Imam Duabelas ialah pengumuman resmi perlantikan Ali ibn Abi Talib a.s. sebagai Mawla selepas baginda. Penguguman tidak resmi mengenai kedudukan Ali, dikatakan oleh golongan Syiah sentiasa dibuat sepanjang hayat Rasulullah s.a.w. dan dilapurkan dalam hadith-hadith.