SIHIR SUAMI GUNA DARAH
HAID DAN AIR MANI GAJAH
Kisah benar, seorang isteri sanggaup
mengsihir suaminya dengan darah haid
serta air mani gajah. Wah !!! memang dahsyat bunyi
nya..kikiki...seorang isteri
tergamak menggunakan darah haidnya dan air mani gajah untuk menyihir suami supaya menurut segala perintahnya, manakala dia bebas melakukan
apa saja.
Selain dua bahan jijik
itu, isteri durjana berkenaan turut
menggunakan minyak pengasih, tangkal pengikat nafsu dan wafak (gambar rajah yang dilukis di atas kain kuning dalam bentuk
tulisan Jawi dengan menggunakan kalimah ALLAH) supaya dia kelihatan hebat pada
pandangan orang lain.
Bagi memastikan
kemujaraban tangkal darah haid itu, ia dibalut dalam kertas bertulisan Jawi
dicelup dalam minuman suami. Apabila meminum air itu, suami menjadi lemah,
tidak mampu melawan kata-kata isteri, menurut arahannya atau menjadi pak turut,
selain mengalami sakit badan dan kepala serta jiwa yang tidak tenteram. Kesengsaraan
itu diceritakan seorang suami yang mahu dikenali sebagai Halim, 30-an, apabila
menjadi mangsa sihir isteri sejak lima tahun lalu.
Dia yang berasal dari
daerah Lipis dan pernah bekerja di Petaling Jaya, Selangor, mendakwa menjadi
mangsa kezaliman isterinya sejak sebelum berkahwin sehingga rahsia ilmu hitam yang dipraktikkan itu terbongkar Disember lalu.
Menurutnya, dia terkejut
apabila menemui pelbagai jenis tangkal yang disimpan di rumah, termasuk didakwa darah haid yang digunakan untuk menundukkannya.
“Selama ini memang
banyak perubahan berlaku pada diri saya. Saya jadi malas hendak bekerja, bila
bergaduh dengan isteri saya cepat mengalah meskipun ada ketika dia salah,
selalu sakit badan dan kepala, manakala hati selalu tidak tenteram.
“Segala masalah itu
terbongkar apabila saya menemui nota jampi serapah di atas meja isteri.
Hasil pencarian di dalam rumah, saya menemui pelbagai jenis tangkal yang dia simpan rapi di dalam sebuah kotak.
“Saya turut menemui SMS
isteri yang dipercayai menjalin hubungan sulit dengan suami orang yang juga pelanggannya.
Sebenarnya dia mahu kelihatan berkuasa dan pernah berkata kepada saya, jika dia
hendak sesuatu dia akan lakukan walau apa cara sekalipun. Mungkin kerana itu,
saya menjadi sasaran,”
Diharap cerita ini menjadi iktibar kepada semua...tq kerana membaca...admin ada sediakan doa untuk menolak daripada perbuatan sihir...
No comments:
Post a Comment