Wednesday, 6 November 2013

HOT !!! HAMPIR 20 TAHUN TRAGEDI HIGHLAND TOWER

HAMPIR 20 TAHUN TRAGEDI HIGHLAND TOWER

Tragedi Higland Tower merupakan tragedi runtuhan 1 dari 3 blok kondominium di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor, pada 11 Disember 1993. Tragedi tersebut adalah satu-satunya tragedi bangunan runtuh yang pertama dan terburuk setalah Malaysia mencapai kemerdekaan. Seramai 48 orang terkorban dalam tragedi yang menyayat hati ini. Highland Tower merupakan tiga blok pangsapuri 12 tingkat yang dinamakan blok 1, blok 2 dan blok 3.



Pelbagai pihak melakukan kajian terhadap tanah runtuh khususnya di Bukit Antarabangsa yang melibatkan Highland Towers. Antaranya ialah Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).Hampir setiap universiti mempunyai pusat penyelidikan dan kepakaran berkaitan alam sekitar malah lebih mengkhusus lagi kepada tanah runtuh antaranya seperti Pusat Penyelidikan Tanah Runtuh Negara (Nasec) di UiTM dan Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (Lestari) di UKM. Pusat Penyelidikan Tanah Runtuh Negara (Nasec) di UiTM.





Senarai mangsa runtuhan :


  • Rohana Bano Mushtak Ahmad, 29
  • Mohammad Budi Abdullah @ Robin Williams Wharton, 44
  • Mohammad Adam, 6 months
  • The son of former Deputy Prime Minister of Malaysia, Datuk Musa Hitam, Carlos Rashid and his wife, Rosina Datuk Abu Bakar.
  • Korean woman, Bahk Jung Soon, 45, and her daughter Bahk Hee Won.
  • Koh Yuet Met
  • Gene Koh Wai Keong, 15
  • Brandon Koh Wai Hong, 6
  • Daryl Koh Wai Kin, 3.
  • Yap Kien Seng, 18.
  • Yap Woei Ning
  • Yap Hsiao Mei, 18 and her mother - Wong Mee Thai, 35
  • Datin Milly Lee, 55
  • Teo Tea
  • Ong Yong, 53
  • Douglas Ong Tee Ming, 17.
  • Fatimah Abdul Majid, 66
  • Che Mariam Abdul Majid, 76
  • Noranira Mohamed Nor, 15
  • Nik Mohamed Baharuddin, 41
  • Shizue Nakajima, 50
  • Dr Anne George,
  • Debbie George
  • Sharon George
  • Majnawiyah Masnawi, 25
  • Amirah Nor Hamzah, 15
  • Fergus Phang Thien Liang, 26
  • Phang's mother, Ivy Lim Ai Bee
  • Phang's grandmother, Cheng Kim Tai
  • Trimah Ngarijo
  • Yusna Anuar
  • Farah Aruzi
  • Lee Mun Lin
  • Tony Lou Yoke Yong
  • Adrian Lou Chung Wei
  • Barry Lou Ka Wei
  • Sajjive Chandran
  • Prakash Chandran
  • Radha Chandran
  • Quah Li Jun
  • Chiew Poh Wah
  • Goh Fong Kiew
  • Judith Mosquiter
  • Suharti Kusban
  • Aribinda Datta
  • Rita Datta
  • Mohan Raj

Pengalaman Shasa Bashir 32 tahun :

"Dalam kejadian pada tahun 1993 itu, kami sekeluarga kehilangan semua harta benda. Mujur ibu (Annette Bashir) dan adik saya, Sabrina sempat keluar dari bangunan apartmen blok satu sebelum struktur terbabit menyembah bumi. Ketika kejadian, ayah berkebetulan pergi bermain golf," kata wanita berketurunan Melayu-Australia itu.Sasha pula berada di Petaling Jaya, Selangor, mengikuti kelas tarian.


"Struktur runtuh itu blok satu, di tengah, blok dua manakala satu lagi, blok tiga," tambah Sasha.
Sebelum kejadian hitam berlaku pada Sabtu, 1.35 tengahari, hujan lebat turun tanpa henti. Sasha muncul bersama ibunya, Annette Bashir dalam dokumentari dipaparkan oleh History Channel.

Saya kemudian menunjukkan kepada Sasha gambar saya rakamkan berhampiran bekas gelanggang tenis sewaktu melakukan tinjauan.


"Oh! Ini tangga spiral, kalau kita naik, boleh pergi ke kolam renang. Rasanya tangga besi itu telah dicuri," ujarnya."Sebenarnya setiap blok ada dua tangga. Satu tangga terletak berhampiran lif manakala satu lagi di bahagian belakang. Kami sekeluarga tinggal di tingkat tiga. Waktu kecil dahulu, setiap kali berdiri berhampiran tangga di belakang, saya berasa seram. Pernah bertanya kepada ibu, mengapakah ada dua tangga? Ibu menjawab, untuk memudahkan orang ramai turun. Dari kawasan tangga belakang blok satu, saya boleh melihat secara jelas ke blok tiga. Selepas kejadian itu, baru saya teringat kembali, pernah saya terlihat, dinding bangunan di sebelah belakang kelihatan lembab tetapi pada waktu itu saya tidak menyangka tragedi buruk bakal berlaku," kongsinya lagi. Sumber 

Gambar Highland Tower sekarang :





No comments:

Post a Comment